Johor Search

Custom Search

Followers

18 May 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Ada Restoran tak peduli

Posted: 17 May 2011 07:07 PM PDT


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali, am@hmetro.com.my

IPOH: Masih banyak restoran kopitiam yang tumbuh bagai cendawan di seluruh negara masih berdegil enggan memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah ada restoran kopitiam berkenaan disahkan mendapatkan bekalan bahan mentah dari syarikat pengedar yang dikesan turut membekalkan produk berasaskan daging babi ke pasaran.

Tindakan ini menyebabkan ramai pelanggan di kalangan orang Islam menjadi mangsa dan teraniaya apabila tidak menyedari bahawa kopitiam terbabit 'bersubahat' dengan syarikat pembekal daging haram berkenaan.

Perkara itu dikesan selepas Jakim melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kopitiam yang mendapat bekalan bahan mentah masakan dari 'sebuah' syarikat pengeluar daging dan produk nilai tambah berasaskan ayam seperti sosej dan bebola daging.

Hasil pemeriksaan dan ujian pada sampel diambil mendapati bahan makanan disajikan di kopitiam berkenaan mengandungi unsur Deoxyribonucleic Asid (DNA) babi.

Difahamkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang turut mengambil sampel bahan mentah dari kopitiam sama dan mengesahkan ia turut mengandungi unsur babi.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

Rintihan, hembusan dari lokap Mona

Posted: 17 May 2011 07:04 PM PDT


Oleh Zaitie Satibi, am@hmetro.com.my

RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu 'disimpan' anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam 'Pakej Lawatan Berhantu' yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

Perkhidmatan Mufti Perak disambung

Posted: 17 May 2011 09:48 AM PDT


IPOH: Kontrak perkhidmatan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria disambung tiga tahun lagi atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Harussani yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985, berkata kontrak beliau yang tamat pada 8 April lepas telah disambung untuk tiga tahun lagi berkuatkuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak.

"Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan...saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

Rumah Puan Patimah Bte Mat - Di Kampung Duyung, Melaka

Posted: 17 May 2011 09:08 AM PDT

By Idris Ismail Talu.


















Sungai Melaka - River Cruise - Bahagian Ke-2

Posted: 17 May 2011 04:20 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Mari kita berkongsi keindahan suasana Sungai Melaka.

Jambatan Old Bus Station.


Kincir air Sungai Melaka.



Warga Melaka yang peramah.

Jambatan Pasar Melaka.





Jambatan Hang Tuah, Melaka.




Lukisan mural memaparkan kisah Melaka di zaman silam.



Pangkalan boat pembawa pelancong ke Sungai Melaka.


Sungai Melaka - River Cruise - Bahagian Pertama

Posted: 17 May 2011 04:21 AM PDT

By Idris Ismail Talu.


Boat yang membawa pelancong menyusuri Sungai Melaka.



Keindahan suasana kampung Melayu di pinggir Sungai Melaka.



Suasana bersih, kemas dan menarik di tepian sungai.

Jambatan Kampung Morten.




Bangunan modern dan tradisional membentuk lanskap Sungai Melaka.







No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan