Johor Search

Custom Search

Followers

16 May 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


EKSKLUSIF - Za’ba dipersenda

Posted: 15 May 2011 08:33 PM PDT

Oleh Nurfatimah Ahmad dan Zanariah Abd Mutalib, bhnews@bharian.com.my


Tarikh siar: 2011/05/15

Waris kecewa khazanah tinggalan pendeta tidak dihargai

KUALA LUMPUR: "Tok Tai akan menangis dalam kubur jika tahu khazanah warisannya tidak dihargai," kata cucu Pendeta Za'ba, Rozlin Za'ba Mohd Redza, merujuk panggilan mesra Allahyarham datuknya, Tan Sri Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia 38 tahun lalu.

Teratak Za'ba di Batu Kikir.

Beliau kesal kerana Teratak Za'ba yang dibina dengan kos hampir RM2 juta, di kampung asalnya, di Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan 10 tahun lalu, seperti tidak menghargai sumbangan tokoh berkenaan kerana hampir keseluruhan bahan pameran dalam memorial itu bukan milik Allahyarham, sedangkan keluarga mereka sanggup menyerahkan khazanah tinggalan Za'ba secara percuma.

Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Senja Di Mekah - Beberapa Tahun Yang Lalu

Posted: 15 May 2011 06:49 PM PDT

By Idris Ismail Talu.

Keindahan suasana senja di Mekah - sukar untuk digambarkan dengan perkataan.


Suasana yang cukup indah.


Asyar di penghujung, Maghrib bakal tiba.

Perihal Bahasa dalam Al-Qur'an (Bahagian 2)

Posted: 15 May 2011 06:20 PM PDT


oleh Awang Sariyan


Selanjutnya saya petik beberapa ayat al-Qur'an yang lain untuk menjelaskan hakikat bahasa:

3. Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya termasuklah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang yang tahu. (al-Rum: 22)

Huraian: Ayat ini dengan jelas menujukkan bahawa Allah menciptakan pelbagai bahasa untuk manusia, menurut bangsa masing-masing. Ayat ini rapat hubungannya dengan ayat 13 dalam Surah al-Hujurat yang menegaskan bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa supaya mereka saling mengenal. Pengertian "berbangsa-bangsa" dalam ayat itu berkaitan juga dengan hakikat bahawa setiap bangsa mempunyai bahasanya sendiri.

Menjadi tanggungjawab setiap bangsa mengembangkan dan memajukan bahasa yang dikurniakan oleh Allah itu. Meremehkan, apatah lagi meminggirkan bahasa kurniaan Allah bagi bangsanya itu merupakan suatu bentuk kufur nikmat meskipun Islam turut menggalakkan manusia mempelajari dan menguasai bahasa lain untuk saling memanfaatkan kelebihan sesama manusia yang berlainan bangsa.

Oleh itu anggapan bahawa hanya ada satu bahasa unggul di dunia yang dapat melonjakkan kemajuan sesuatu bangsa dengan jelas merupakan mitos dan menyalahi sunatullah dan fitrah manusia yang berbangsa-bangsa dan memiliki bahasa kurniaan Allah masing-masing. Menguasai bahasa asing untuk tujuan membantu meningkatkan tamadun bangsa tidaklah salah, tetapi tidak sewajarnya bertukar kepada tindakan menggantikan bahasa sendiri dengan bahasa asing.

Para ulama dan sarjana Islam silam menerjemahkan karya-karya Yunani ke dalam bahasa Arab dan kemudian para sarjana Barat menerjemahkan karya-karya dalam pelbagai bidang daripada bahasa Arab ke dalam bahasa mereka untuk mengembangkan ilmu dalam bahasa mereka sendiri.

4. Tiadalah Kami mengutus rasul-rasul itu melainkan dengan bahasa kaumnya supaya mereka dapat menerangkan (ajaran Allah) kepada kaum mereka (dengan jelas). (Surah Ibrahim: 4)

Huraian: Ayat ini memberikan isyarat bahawa penyampaian dakwah dan ilmu kepada sesuatu masyarakat jauh lebih berkesan dengan menggunakan bahasa masyarakat itu sendiri. Demikianlah yang dilakukan oleh para ulama sebagai waris nabi apabila berdakwah di alam Melayu dahulu, dengan menggunakan bahasa Melayu meskipun pendakwah itu orang Arab atau berbangsa lain. Syekh Nuruddin al-Raniri yang terkenal sebagai pengarang karya-karya besar Islam di alam Melayu berasal dari Gujerat tetapi menghasilkan karya-karyanya dalam bahasa Melayu. Inilah contoh teladan yang seharusnya diikut.

UNESCO yang tidak bersandarkan ajaran Islam pun tampaknya secara tidak langsung menghayati fitrah itu apabila di dalam piagamnya mengungkapkan bahawa penggunaan bahasa ibunda ialah kaedah yang berkesan untuk penyampaian ilmu dan pendidikan. Malang sekali halnya apabila orang Islam yang telah diberi petunjuk oleh Allah tidak memanfaatkan petunjuk itu.

[bersambung]
Disiarkan semula dengan izin penulisnya - Terima kasih.

~Kembara Bahasa~
10 Mei 2011

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan