Johor Search

Custom Search

Followers

09 May 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


“Agenda tersembunyi AS”

Posted: 08 May 2011 07:12 AM PDT

Dr. Chandra Muzaffar

Muqadimah:

Dunia telah dikejutkan dengan berita "kejayaan" komando Amerika Syarikat (AS) membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden di sebuah perkampungan di Pakistan baru-baru ini. Osama adalah individu yang dikaitkan dengan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon pada 11 September 2001.

AS memburu Osama selama 10 tahun sebelum dapat membunuhnya dalam keadaan tidak bersenjata. Pelbagai persoalan timbul apabila AS menguburkan Osama di dasar laut tanpa menyiarkan gambar-gambar seperti penangkapan dan pembunuhan Saddam Hussein.

AS menggambarkan Osama sebagai "paksi kejahatan" tetapi banyak tindakan AS sebenarnya yang mewujudkan Osama, Al-Qaeda dan lain-lain lagi. Di negara ini sesetengah pihak yang daif menganggap bahawa pembunuhan Osama menjanjikan keamanan kepada dunia. Pandangan ini sangat daif dan tumpul sebenarnya.

Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar menganggap pembunuhan Osama tidak lebih sebagai sandiwara AS untuk menutup sekian banyak kejahatan yang mereka lakukan kepada negara-negara lain serta mengorbankan jutaan nyawa.

Dalam wawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID, beliau berkata, kewujudan Osama serta kumpulan-kumpulan radikal lain adalah reaksi terhadap kejahatan AS dan keganasan tidak wujud tanpa sebab.


MINGGUAN: Apa yang terlintas dalam fikiran Dr. apabila mendengar berita Osama dibunuh?

CHANDRA: Saya melihat peranan Osama sudah berubah di mana dia tidak lagi terlibat aktif dalam organisasi serta membuat perancangan dan keputusan. Ini memandangkan dia sedang diburu dan peranannya diambil alih oleh orang lain. Bagi saya perbuatan Osama adalah tindak balas untuk membalas dendam atau menegakkan keadilan dan sebagainya. Namun ini adalah satu kekhilafan besar kerana membunuh orang yang tidak berdosa. Bagi saya cara mereka memahami Islam adalah sempit kerana agama ini adalah universal. Kita tidak boleh menganggap Syiah atau sufi sebagai musuh kerana mereka adalah sebahagian dari umat Islam. Namun Al-Qaeda memandang serong terhadap golongan ini maka timbul konflik.

Jadi sejak dahulu saya merasakan bahawa pendekatan Osama adalah tidak adil dari perspektif Islam. Ini bertentangan dengan ajaran dan kesucian agama Islam malah menjejas serta memburukkan imej Islam. Saya yakin sebilangan besar umat Islam sendiri tidak senang dengan apa yang dilakukan Osama. Ini kerana tidak ada sumbangan yang signifikan hasil dari serangan dan keganasan yang dilakukannya. Apa manfaat yang diperoleh umat Islam dari perjuangan yang dibawa Osama? Sebaliknya ini telah memberi imej buruk kepada umat Islam selain memberi gambaran yang salah mengenai Islam kepada masyarakat antarabangsa.

MINGGUAN: Apa komen Dr. bahawa sesetengah pihak menganggap kematian Osama akan membawa keamanan kepada dunia dunia?

CHANDRA: Pendapat sebegitu boleh dipersoalkan. Pertama, adakah Osama yang menjadi punca masalah-masalah yang berlaku di dunia? Sebenarnya Osama, Al-Qaeda dan kumpulan-kumpulan radikal ini adalah sebagai cermin reaksi kepada keadaan tertentu. Selagi punca kepada masalah kemunculan pengganas ini tidak diselesaikan, dunia tidak akan aman. Antara faktor-faktor adalah penguasaan elit Amerika Syarikat (AS) terhadap dunia. Ini adalah faktor utama kenapa dunia kucar-kacir sekarang ini. Penguasaan AS terhadap dunia dan yang berlaku seperti Iraq, Afghanistan serta apa yang berlaku di Palestin.

Malah semua yang berlaku dan melibatkan penguasaan AS bukanlah sesuatu yang baru. Kita boleh lihat sebelum ini apa yang berlaku di negara seperti Vietnam, penggulingan Sukarno di Indonesia, campur tangan di Amerika Latin seperti di Nicaragua, Uruguay, Colombia dan banyak lagi menyebabkan rantau itu sangat tidak stabil dan ramai penduduknya terbunuh. Maka jika kita mengatakan bahawa Osama yang melakukan semua ini, tentulah sangat tidak tepat. Selagi punca konflik, krisis dan peperangan tidak diselesaikan, dunia tidak akan aman.

MINGGUAN: Bolehkah kita menganggap dalam banyak konflik politik di beberapa negara, pihak yang bertanggungjawab adalah AS tetapi mereka membaling batu sembunyi tangan?

CHANDRA: Saya ambil contoh apa yang berlaku di Libya sekarang. Sebenarnya ada penyelesaian lain seperti yang dianjurkan oleh Kesatuan Afrika dam Turki yang telah membentangkan pelan perdamaian yang dilihat adil untuk kedua-dua pihak. Tetapi yang menghalang semua ini dari terlaksana adalah negara-negara Barat. Seboleh-bolehnya mereka tidak mahu penyelesaian ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri dan cuba mengambil kesempatan dari krisis ini untuk menguasai Libya.

Antara faktornya adalah mahu menguasai minyak Libya selain isu geopolitik seperti mahu mengusai laluan dan lautan tertentu serta mahu melindungi Israel dalam konteks dunia Arab. Selain itu faktor utama kenapa krisis di dunia Arab dan Afrika berlaku adalah bagi menghalang China dari mendapat akses minyak yang mudah. China mempunyai lebih 50 pelaburan di Libya di mana hampir 30,000 pekerja China terlibat dalam industri minyak dan gas serta prasarana. Oleh itu adalah jelas bahawa Libya yang memudahkan laluan dan kemasukan China di Libya dan negara-negara Afrika.

Salah satu dari cita-cita Muammar Gaddafi adalah mahu menyatukan Afrika serta mahu dilihat sebagai pemimpin rantau itu. Alasan utama pastilah untuk memastikan China tidak menjadi pesaing kepada AS dalam arena politik dan ekonomi antarabangsa. Jadi adalah jelas apa yang berlaku di Libya ini adalah akibat dari sifat dominan AS terhadap negara dan rantau itu dalam cuba mencampuri urusan bagi memastikan agenda dan kepentingan mereka terus terpelihara. Sebelum ini sudah ada ura-ura mahu menyatukan Afrika yang dicorakkan oleh AS pada 2007 yang dipanggil Africomm (African Command). Orang yang paling lantang menentang gagasan ini adalah Gaddafi.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Source: Mingguan Malaysia Online.

Cucu Idris Talu

Posted: 08 May 2011 06:58 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Seorang lagi cucu Idris Talu yang comel.









Berita Minggu Edisi Awal

Posted: 08 May 2011 06:53 AM PDT

Oleh Ismail Mat, Khairul Azran Hussin, Umi Nadirah Abdul Rahman, Nadia Hamid dan Siti Sofia Md Nasir, bminggu@bharian.com.my

2011/05/08

Akhbar Berita Minggu dijual malam tadi sekitar Lembah Klang, Johor Bahru

KUALA LUMPUR:
Kemunculan edisi awal Berita Minggu berwajah baru, malam tadi mencetuskan kejutan kepada pembaca yang tidak menyangka akhbar mingguan yang selama ini hanya menemui orang ramai pada Ahad, kini sudah boleh dibaca sehari lebih awal.

Naskhah turut menjadi rebutan di tapak Karnival GP Joran Berita Harian 2011 di kawasan Jeti Tanjung Leman, Mersing, Johor yang dimeriahkan dengan pelancaran edisi berkenaan oleh Pengarah Eksekutif Editorial The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Ahmad Talib dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid. Turut sama meraikan majlis berkenaan ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Kamaruzzaman Abu Kassim serta barisan artis terkenal tanah air, termasuk Nubhan, Adam AF, Farawahida dan Azlan Typewriter.

Di SHAH ALAM, edisi awal akhbar ini mendapat sambutan orang ramai yang rata-rata teruja untuk mengetahui berita semasa dalam dan luar negara pada hari sama tanpa perlu lagi menunggu untuk mendapatkan akhbar pada keesokannya.

Lokasi jualan terus naskhah berkenaan di bandar raya ini, termasuk di Dataran Shah Alam, Dataran Kemerdekaan, SACC Mall dan Pusat Komersial Seksyen 7.

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa turut turun padang meninjau reaksi orang ramai.



Di ibu negara, warga kota terutama pembaca muda dari generasi Y juga memenuhi lokasi jualan edisi awal Berita Minggu yang mula diedarkan jam 9 malam tadi dan rata-rata pembaca yang ditemui nyata teruja serta kagum dengan kemunculan akhbar ini dengan wajah baru.

Antara lokasi jualan ialah Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman, Uptown Danau Kota, KL Sentral, Stesen Bas Bandar Klang, Taipan Foodcourt di Subang, Bandar Baru Sungai Buloh dan Pasar Malam Kampung Kerinchi.

Di JOHOR BAHRU, orang ramai menyambut baik kehadiran edisi awal dan daripada maklum balas mereka, rata-rata menggemari kandungan lebih ringan dan bersahaja tetapi tetap padat dengan bahan berita bermaklumat dan memenuhi cita rasa setiap peringkat masyarakat, termasuk sisipan Rona.

Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Cucu Idris Talu

Posted: 08 May 2011 03:22 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Cucu Idris Talu sudah pandai makan roti.





Senyum kat atok tu!


Jambatan Sungai Kinta Ipoh

Posted: 08 May 2011 02:17 AM PDT

By Idris Ismail Talu.


Jambatan merentangi Sungai Kinta.










No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan