Johor Search

Custom Search

Followers

08 May 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Dendam dan benci Melayu jejas kestabilan politik - 01

Posted: 07 May 2011 07:37 PM PDT

bminggu@bharian.com.my
Tarikh - 2011/05/08


DALAM reaksi segera kepada permintaan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS menarik diri daripada pakatan pembangkang, terutama DAP, hampir semua pemimpin parti berlambangkan bulan itu bulat-bulat menolaknya. Hujah Perdana Menteri bahawa PAS hanya dipergunakan, dibalas pemimpin parti itu atas alasan `tahalul siyasi' atau kerjasama politik dibenarkan Islam. Mengapa begitu sukar PAS bekerjasama dengan parti yang sama bangsa dan agama? Wartawan Berita Minggu, ROHANIZA IDRIS mendapatkan pandangan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad dan Pensyarah Kanan Sosiologi Politik Universiti Malaya (UM), Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad.

Dr Hassan Mad

Berita Minggu: Terlebih dulu, apa pandangan anda terhadap kerjasama antara UMNO dan PAS. Adakah ia perlu.

Dr Hassan Mad : Bagi saya, ia perlu atas nama perjuangan bangsa Melayu dan Islam. Namun, MPM melihat pelawaan Datuk Seri Najib itu bukan ajak PAS masuk UMNO atau Barisan Nasional (BN) sebaliknya menasihatkan PAS menjauhi DAP yang jelas menjadi terlalu perkauman dalam perjuangannya. Pelawaan itu juga bukan atas kapasiti Perdana Menteri sebagai Presiden UMNO atau Pengerusi BN sebaliknya peringatan daripada seorang pemimpin utama yang bimbang dengan kestabilan politik negara akibat perpecahan kaum. Kestabilan politik boleh dicapai jika pengundi Cina menjauhi DAP kerana amat jelas parti itu amat perkauman. Seruan Najib juga untuk PAS menjauhi pakatan pembangkang yang didalangi DAP.

Ramai yang buat tafsiran kononnya ia hanya bertujuan mengajak PAS masuk UMNO dan BN, tetapi kita kena hormat ideologi politik PAS dan UMNO yang jelas berbeza dan tidak perlu kita bawa PAS masuk BN. Apa yang disarankan hanya minta PAS jauhi DAP dan membentuk perpaduan dengan UMNO, bukan masuk BN. Sekarang pertelagahan PAS dan UMNO menyebabkan orang Melayu berpecah. Kita lihat seruan itu hanya dibuat kepada PAS, bukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana PKR ditubuhkan bukan atas ideologi politik, ia ditubuhkan oleh bekas ahli UMNO yang taksub kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya saja.

MPM yakin seruan Najib juga kerana beliau bimbang berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu disebabkan perbezaan politik. Perbalahan UMNO dan PAS bukan kerana berbeza ideologi politik, tetapi kerana kebencian dan dendam antara satu sama lain. DAP berjaya menyatukan masyarakat Cina dengan cara melemahkan kepemimpinan MCA dan GERAKAN supaya mereka tidak yakin kepada kerajaan. Ia berjaya dilakukan DAP dan sangat teruk kesannya kepada negara kerana berlaku pemisahan politik berdasarkan etnik. Melayu dipisahkan oleh politik bukan kerana ideologi sebaliknya kebencian.

Berita Minggu: Ada yang percaya UMNO dan PAS langsung tidak boleh bergabung, umpama api dan air.

Dr Hassan Mad : Secara politiknya, jika dua parti politik Melayu bergabung dalam satu 'bakul', ia akan melemah dan merugikan orang Melayu. PAS perlu ada di luar BN kerana dapat menegur UMNO. UMNO bukan parti sempurna kerana mereka ada juga membuat kesilapan. Secara praktikal, PAS paling sesuai menegur UMNO, bukan DAP. Biar PAS di luar BN dan jadi pengimbang kuasa, menegur UMNO supaya tidak silap dalam memimpin BN.

UMNO juga dari semasa ke semasa memerlukan PAS untuk kestabilan dalam BN. Apa yang diperlukan UMNO dan PAS adalah perpaduan dan ia tidak semestinya bergabung dalam BN. Kita mahu lihat UMNO dan PAS tidak mengutuk satu sama lain tetapi tegur menegur demi kepentingan bangsa. Perbalahan UMNO dan PAS seolah-olah memperlihatkan kedua-duanya bermusuh sehingga keluar maki hamun guna perkataan yang jelas tidak selari dengan budaya Melayu.

Orang Melayu boleh berbeza ideologi politik, ia bukan malapetaka, tetapi jadi malapetaka apabila berlaku perbalahan sesama Melayu, sama ada antara orang UMNO dengan PAS, UMNO dengan UMNO atau PAS dengan PAS sendiri. Sekarang kita lihat orang Melayu tidak segan silu lagi berbalah pendapat secara terbuka. PAS perlu tegur UMNO atas kapasiti politik. Jika UMNO tak dengar, barulah pihak lain seperti institusi Raja, pentadbiran dan kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) menegur mereka.

Berita Minggu: Adakah sekarang masa yang sesuai untuk PAS dan UMNO bersatu seperti orang Cina yang lebih cenderung menyokong DAP.

Dr Hassan Mad : Kerjasama PAS dan UMNO tidak perlu jadi amaran kepada DAP atau orang Cina sebaliknya ia peringatan dan kesedaran untuk orang Melayu bersatu. Biarkan pengundi Cina terpengaruh dengan ideologi DAP yang mahu menjauhkan Cina daripada kerajaan dengan apa cara sekali pun. MPM nampak ada parti dalam BN pun terpengaruh dengan ideologi DAP. Itu pilihan pengundi Cina, tetapi orang Melayu sebagai penduduk majoriti, tak perlu takut atau lemah dengan strategi politik DAP sebaliknya kena bangun bersatu walaupun PAS di luar BN. Apa yang penting, kita mahu lebih ramai wakil Melayu dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Salah satu sebab kebangkitan NGO seperti MPM kerana tiada pihak ketiga mampu menegur pemimpin UMNO.

Dalam politik mesti ada orang luar yang menegur. Ada juga sesetengah isu orang Melayu tak perlu ditegur atau dibincangkan secara terbuka sebaliknya secara tertutup melalui musyawarah atau forum atas nama kaum Melayu itu sendiri. UMNO dan PAS jangan bertelagah secara terbuka sebaliknya cari saluran untuk membincangkan isu orang Melayu. Saya diberitahu ada gerakan daripada PAS untuk membincangkan isu Melayu dalam forum anjuran mereka dan UMNO dijemput tetapi tiada wakil UMNO hadir. Tidakkah ini satu kerugian bagi orang Melayu sendiri. Pelawaan UMNO kepada PAS bukan hanya amaran kepada PAS tetapi kepada ahli, kepemimpinan UMNO dan orang Melayu di negara ini.

Berita Minggu: Jadi, apakah halangan untuk UMNO dan PAS bekerjasama.

Dr Hassan Mad : Halangan paling besar adalah budaya politik kedua-dua parti sudah jauh berbeza. UMNO dan PAS mengamalkan budaya politik maki hamun, benci membenci, marah, dendam dan memecahbelahkan orang Melayu... itu ditegah Islam. Kedua-duanya kata mereka parti Melayu Islam, tetapi amalkan sikap dilarang Islam. Jika dapat membuang sikap itu, perpaduan Melayu pasti berjaya. Kepemimpinan kedua-dua parti juga perlu ikhlas dan jujur seperti Hamas dan Fatah di Palestin yang sanggup berdamai selepas bermusuhan sekian lama demi perpaduan dan kemajuan bangsa Palestin. Demi perpaduan dan kemajuan orang Melayu, sudah tiba masa UMNO dan PAS berubah dan buang budaya politik membenci.

Berita Minggu: Selepas memperkatakan semua itu, apa lagi pada pendapat anda yang perlu dilakukan untuk melihat kerjasama kedua-dua parti terbabit mampu jadi kenyataan.

Dr Hassan Mad : PAS bukan tak pernah kerjasama dengan UMNO. Dalam perspektif Islam, tidak salah, janggal atau aneh jika kita bersatu atau muafakat. Tak semestinya muafakat itu bersatu dalam satu parti tetapi boleh dilaksanakan melalui sikap mengelakkan pertelagahan secara terbuka sehingga mewujudkan mudarat pada orang Melayu. Kita kena ingat walaupun PAS menolak pelawaan itu, kalau UMNO ikhlas, mereka perlu meneruskan usaha memujuk untuk penyatuan itu. Saya percaya ramai sanggup membantu supaya wujud kerjasama ini, malah MPM sedia menyediakan ruang dan tempat atau menganjurkan forum atau perbincangan tertutup antara kedua parti Melayu ini.

Selagi berpegang kepada ideologi politik membenci satu sama lain, marah dan dendam, selagi itulah kerjasama PAS dan UMNO tidak akan tercapai. Mesti ada usaha berterusan daripada UMNO, NGO, media, ahli akademik untuk memastikan PAS menerima idea kerjasama ini demi perpaduan orang Melayu.

Kerja ini perlu berterusan, konsisten, usaha gigih dan kuat kerana ia tidak boleh berlaku sekelip mata. Saya nampak, bagi PAS mereka bukan mudah mahu terima idea ini dengan satu jemputan saja. UMNO perlu sabar dan jangan putus asa. Reaksi pertama PAS yang dilihat melenting adalah normal. Faktor personaliti dalam kepemimpinan UMNO juga antara punca penolakan PAS dan ia perlu diambil kira. UMNO perlu lihat beberapa perkara dalam parti itu yang tak dapat diterima PAS, perbetulkan dulu supaya kerjasama yang diinginkan tercapai.

Saya percaya sikap sedemikian mampu mengubah pendirian PAS. Transformasi politik dalam UMNO perlu digerakkan sekarang supaya ia dapat menarik atau meredakan kebencian PAS kepada UMNO atau orang di luar kedua-dua parti itu. Kita kena lihat apa yang dilaksanakan DAP untuk menarik pengundi Cina dan dipraktikkan UMNO serta PAS untuk menarik sokongan orang Melayu. Lagipun kini, kebanyakan generasi muda Melayu tidak ramai mendaftar sebagai pengundi kerana muak dengan politik Melayu, sama ada UMNO atau PAS. Oleh kerana UMNO lebih besar daripada PAS maka UMNO perlu lebih proaktif.

Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Dendam dan benci Melayu jejas kestabilan politik - 02

Posted: 07 May 2011 07:33 PM PDT

bminggu@bharian.com.my
Tarikh - 2011/05/08


DALAM reaksi segera kepada permintaan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS menarik diri daripada pakatan pembangkang, terutama DAP, hampir semua pemimpin parti berlambangkan bulan itu bulat-bulat menolaknya. Hujah Perdana Menteri bahawa PAS hanya dipergunakan, dibalas pemimpin parti itu atas alasan `tahalul siyasi' atau kerjasama politik dibenarkan Islam. Mengapa begitu sukar PAS bekerjasama dengan parti yang sama bangsa dan agama? Wartawan Berita Minggu, ROHANIZA IDRIS mendapatkan pandangan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad dan Pensyarah Kanan Sosiologi Politik Universiti Malaya (UM), Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad.

Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad

Berita Minggu: Ramai yang melihat PAS dan UMNO ibarat api dengan air, tidak boleh bekerjasama.

Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad: Tidak bagi saya kerana saya lihat UMNO dan PAS umpama saudara kandung tetapi berlainan emak, berbeza ideologi. UMNO dengan perjuangan orang Melayu manakala PAS bawa ideologi Islam. Hendak dikatakan tidak boleh bersatu sebenarnya sejak 1970-an sudah ada, tetapi PAS keluar BN sebab tiada muafakat. Gabungan UMNO-PAS ketika itu berbeza kerana perjuangan politiknya bukan atas ideologi untuk menyatukan orang Melayu Islam. Jika pegangan agama dijadikan tunjang dalam perjuangan kedua-dua parti, tidak akan timbul masalah.

Masalahnya kini apabila kedua-dua ada ego dan mahu menegakkan 'benang basah', hanya mereka yang betul dan satu pihak lain yang salah. Ideologi mereka berbeza, maka perlu ada perbincangan dan musyawarah cari jalan bagi memakmurkan lagi parti politik selepas penggabungan atau kerjasama itu. Usaha musyawarah kedua-dua parti sudah ada sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamed, namun ego masih tidak terungkai kerana masing-masing tetap dengan ideologi mereka.

Berita Minggu: Ketika orang Melayu terus berbalah, orang Cina lebih bersatu dan kini cenderung menyokong DAP. Apa pandangan anda.

Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad: Sokongan kepada DAP wujud sejak pilihan raya kecil di Sibu, malah bibit itu ada pada Pilihan Raya Umum ke-12. Pengundi Cina oportunis, jika ada peluang naikkan taraf hidup dan menyuarakan hak mereka, mana-mana parti yang dapat penuhi kehendak itu, akan diundi. Aliran sokongan ini akan terus berlaku pada pilihan raya umum akan datang. Undi pengundi India kepada BN juga perlu diberikan perhatian.

Jadi jika ada kerjasama UMNO dan PAS atas nama perpaduan Melayu, ia tidak boleh dilihat sebagai amaran kepada pengundi Cina, bukan Melayu atau pengundi Melayu sendiri kerana Malaysia tidak mengamalkan politik perkauman. Bukan Melayu sudah terima dan akui seperti termaktub dalam Perlembagaan, Melayu golongan majoriti yang amalkan agama Islam dan bukan Melayu bebas mengamalkan adat, agama dan budaya mereka.

UMNO dan PAS perlu bersatu bukan atas nama politik sebaliknya atas perjuangan Islam. Pada saya, PAS sedar DAP lebih beruntung atas kerjasama ini, tetapi menafikannya kerana ego. Datuk Seri Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat dilihat ada pendirian sendiri. Mereka rasa mereka betul sehingga menafikan orang lain yang lebih betul daripada mereka.

Ego kedua-dua pemimpin parti ini perlu dibuang, mereka perlu berbincang dan berfikir untuk masa depan umat Islam. PAS rela hati masuk pakatan pembangkang, sedangkan ada pilihan berjuang sendiri. PAS ada pilihan tidak bersekongkol dengan DAP atau PKR. Kerjasama PAS dengan DAP dan PKR wujud tanpa paksaan, tetapi ramai tak faham kenapa mereka perlu bersama dalam satu pakatan.

Jika PAS tahu mereka boleh berjuang atas nama Islam tanpa bantuan PKR atau DAP, mengapa perlu teruskan hubungan tanpa 'ikatan sah' itu. PAS sebenarnya sengaja tidak mahu memikirkan kedudukannya sejak penubuhan Barisan Alternatif pada 2004 lagi kerana percaya akan jadi lebih kuat jika terus bergantung kepada DAP dan PKR. Mereka tidak mahu masuk BN kerana beranggapan kedudukan tidak akan berubah. PAS sebenarnya neutral, tetapi pada saya, mereka jual mahal walaupun sudah banyak kali dijemput menyertai BN. Saya khuatir suatu hari nanti kerana terlalu jual mahal, PAS pula akan 'terjual'.

Berita Minggu: Mungkin penggabungan tidak berlaku kerana ada pemimpin khuatir akan hilang jawatan dalam parti masing-masing.

Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad: Penggabungan bukan bererti PAS dibubar dan ahlinya masuk UMNO, sebaliknya jadi komponen BN. PAS tidak perlu tukar nama jadi 'NOPAS' misalnya. Maksudnya, Hadi masih presiden, cuma dalam penggabungan ini, UMNO perlu dengar pendapat PAS. UMNO yang menjemput jadi mereka perlu hormat tetamu. PAS pula perlu diberi ruang lebih besar menyatakan hasrat dan harapannya dalam penggabungan itu.

UMNO dan PAS perlu bincang bagaimana mahu menjalinkan kerjasama memajukan kedua-dua parti. Perbincangan pula hanya tertumpu kepada UMNO dan PAS, bukan BN. Selepas penyatuan itu berjalan lancar baru bincang dalam BN. Jika ini dilaksanakan mungkin kepemimpinan PAS bersedia untuk menerima pelawaan UMNO. Perlu ada jaminan yang jelas dalam penggabungan supaya PAS tahu tanggungjawab dan peranan mereka, begitu juga UMNO.

PAS tidak mahu bergabung dan 'melukut di tepi gantang' kerana mereka parti besar. Jadi UMNO perlu wujudkan garis panduan penggabungan termasuk tugas, peranan serta sumbangan PAS. Begitu juga pengagihan kerusi pilihan raya. Persoalannya adakah UMNO bersedia dengan konsep perkongsian nisbah kerusi itu.

Berita Minggu: Mungkin juga PAS khuatir akan hilang sokongan pengundi Cina jika bekerjasama dengan UMNO.

Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad: Pada saya PAS parti aneh kerana beranggapan mereka unik. Jika kita lihat parti politik di negara ini, PAS memang aneh kerana penubuhannya berdasarkan perjuangan Islam manakala parti lain atas dasar demokrasi, perkauman dan simpati. Ahli setiap parti lain pelbagai kaum tetapi PAS hanya orang Melayu Islam atau mualaf.

PAS melangkaui batas kaum kerana berorientasi agama. Pernah ada cadangan PAS terima bukan Melayu sebagai ahli bersekutu namun ditolak. Berbeza dengan UMNO yang jelas menyatakan bukan Melayu boleh menyertai mereka dengan jadi ahli komponen dalam BN. Islam agama yang luas dan tidak merumitkan, tetapi PAS merumitkan keahlian walaupun mendakwa perjuangkan Islam. Jika PAS buka keahlian bersekutu kepada bukan Islam, mungkin tidak timbul masalah mendapat sokongan bukan Islam.

Saya tahu PAS tidak ada pemikiran begitu kerana perjuangan mereka jelas, namun pandangan bukan Islam berbeza kerana mereka tidak faham. Apabila PAS menempel atau menumpang parti lain dalam pakatan pembangkang, mereka sebenarnya bergoyang dan bila-bila masa boleh jatuh. Duduk di bawah bayang DAP tidak sihat untuk PAS yang ada sokongan kuat pengundi Melayu.

Berita Minggu: Jadi, apa sebenarnya halangan terbesar penggabungan UMNO dan PAS.

Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad: Ideologi perjuangan, kepemimpinan dan struktur dalam parti adalah halangannya. UMNO bergabung dengan parti lain dalam BN, jadi tidak boleh menidakkan pandangan parti lain jika mahu bergabung dengan PAS. UMNO bukan hanya perlu beritahu kepada parti komponen, mereka juga perlu beri penjelasan mengenai penggabungan itu.

Untuk PAS, parti itu tidak perlu berbincang dengan DAP atau PKR kerana mereka berdiri atas kaki sendiri atau individualistik. UMNO perlu ambil kira pendapat komponen supaya tidak dilihat sebagai parti pentingkan diri.

Apabila UMNO dan PAS bergabung, hubungan dengan komponen perlu diambil kira.

Persoalannya adakah komponen BN sedia bekerjasama dengan PAS. Ini semua perlu dikupas kerana UMNO adalah 'treler panjang' yang bersamanya MCA, MIC, GERAKAN dan sebagainya. Satu lagi halangan adalah pantang larang atau cakap-cakap pihak luar seperti pendapat pihak lain, lebih-lebih lagi jika reaksinya negatif.

Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Sultan Johor lepas peserta GP Joran

Posted: 07 May 2011 06:50 PM PDT

Oleh Ismail Mat, ismailmat@bharian.com.my

Tarikh siar: 2011/05/08


Lebih 1,000 peserta mulakan cabaran rebut hadiah wang tunai RM82,000

MERSING: Karnival GP Joran anjuran Berita Harian yang berlangsung di Tanjung Leman dekat sini semalam, mencipta sejarah apabila menarik penyertaan hampir 1,000 peserta bagi kategori laut dalam.

Selain pemancing dari seluruh negara, acara itu turut menarik penyertaan peserta Singapura dan Indonesia yang menaiki 120 bot menuju lokasi tumpuan memancing terletak kira-kira 20 batu nautika di luar perairan Mersing. Kategori Laut Dalam dan Pantai GP Joran Berita Harian 2011 yang berlangsung di Pantai Tunjuk Laut Resort hari ini, menawarkan hadiah wang tunai RM82,000 termasuk RM20,000 sebagai hadiah utama bagi setiap kategori.

Majlis pelepasan peserta acara laut dalam itu disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang berkenan mencemar duli di Jeti Tanjung Leman pada 11.30 pagi.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCORP), Kamaruzzaman Abu Kassim; Pengarah Eksekutif Editorial The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Talib dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Pusingan kedua Karnival GP Joran Berita Harian 2011 yang berlangsung serentak dengan Karnival Tanjung Leman, mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Pelancongan Johor dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
JCORP dan Damansara Assets Sdn Bhd, memberi sokongan padu selaku penaja eksklusif pusingan kedua, manakala Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) selaku penaja utama keseluruhan karnival GP Joran 2011.

Penaja lain menyokong pertandingan tahun ini termasuk Gardenia (KL) Bakeries Sdn Bhd; Nestle Product (M) Sdn Bhd bagi produk Nescafe dan Maggi; Adabi Consumers Industries Sdn Bhd; Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd; Bor Explorer Sdn Bhd, World of Sports bagi produk Columbia dan Axis Kay Trading yang menaja minuman kesihatan.

Acara kategori pantai yang akan berlangsung di Pantai Tunjuk Laut Resort mulai jam 8 pagi ini dijangka menarik penyertaan 1,000 peserta yang sebahagiannya mula tiba di sini sejak petang semalam.


Selain acara memancing, kira-kira 20 acara sampingan untuk kanak-kanak serta persembahan artis sempena pelancaran edisi awal Berita Minggu berlangsung di pentas utama tapak karnival Tanjung Leman, malam tadi.

Sempena karnival itu, ceramah agama turut disampaikan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut yang dihadiri peserta GP Joran dan penduduk tempatan.

Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Sempurnalah satu kekejaman

Posted: 07 May 2011 06:20 PM PDT

Zainudin Maidin

Ketika Barat dan rakyat Amerika Syarikat merayakan kejayaan pembunuhan Ketua al-Qaeda, Osama bin Laden yang didakwa sebagai dalang serangan berani mati 11 September yang meruntuhkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan membunuh beribu orang di New York , saya terkenangkan tragedi pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian di Sabra dan Shatila di Palestin.

Sebuah lagu puisi, Balada Seorang Gadis Kecil karya Allahyarham Zubir Ali mengenai peristiwa itu kembali mendayu dan menyayat perasaan saya.

Saya juga terkenangkan atas suatu cerita rekaan semata, berlaku pembunuhan ke atas ribuan rakyat Iraq dan pemimpinnya Saddam Husein dan diikuti dengan serangan pihak yang sama ke atas Libya yang membunuh anak lelaki Presiden Muammar Gaddafi dan ribuan rakyatnya selepas kebangkitan rakyat menuntut kebebasan dan demokrasi di Tunisia, Mesir, Bahrain, Yemen, Syria dan Sudan.

Saya pernah berjabat tangan dengan kedua pemimpin itu, merasakan cengkaman keras mereka tetapi apakah hak negara asing untuk menceroboh negara mereka?

Betapa soft power kuasa besar, Internet, facebook dan twitter berjaya menyusup dunia tanpa sempadan menghasut kebangkitan popular dalam negara , mencetuskan perang saudara dan pembunuhan sebangsa dan seagama.

Ketika semua aparatus media Barat sedang meyakinkan bahawa pembunuhan ketua "pengganas" Osama dialu-alukan diseluruh dunia sebagai kejayaan AS membalas dendam hutang darahnya terhadap kematian beribu orang di New York.

Saya terkenangkan bahawa ketua penjenayah perang, bekas Presiden Amerika George Bush masih bebas dan belum ditangkap untuk dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa seperti yang dihasratkan oleh Tun Dr.Mahathir Pengasas dan Pengerusi KL Foundation To Criminalise War.

Apa yang sedang berlaku menepati pandangan Tun Mahathir dalam suatu interviu dengan Al Jazeera tidak lama dahulu mengenai perang Iran Iraq: "Selama lapan tahun, Iran telah kehilangan satu juta manusia. Sekiranya AS hilang satu juta manusia, adakah anda tahu apa yang AS akan lakukan, mereka akan mengebom seluruh dunia"

Tangan Amerika sendiri tidak lagi perlu untuk melakukan pengeboman ini kerana ia telah mempunyai rakan-rakan perkongsian dalam inspirasi dan ideologinya di mana mana untuk melancarkan perang saudara atas nama demokrasi dan kebebasan bagi "Sebuah Dunia 1 Amerika"

Tun Mahathir yang dianggap sebagai "The Last Mohican of Asia" turut sepi di atas strategi pembunuhan ke atas Libya kerana seluruh dunia telah berjaya dikondisikan lebih dahulu pemikiran mereka oleh Presiden Obama bahawa kejadian itu adalah lanjutan dari kebangkitan popular rakyat di Tunisia dan Mesir.

Kebijaksanaan Obama ialah merancang kebangkitan popular di negara negara Arab sahabat Amerika untuk merintis jalan ke arah kebangkitan di negara-negara Arab yang tidak dapat menjamin keselamatan AS dan Israel, tetapi tidak ada siapa yang menuduh campur tangannya, tidak ada langsung sepanduk atau slogan anti AS atau Yahudi dalam tunjuk tunjuk perasaan di Mesir, Tunisia dan lain-lain.

Melumpuhkan

Matlamat jaringan kebangkitan ini ialah untuk melumpuhkan negara-negara yang berpotensi menjadi halangan kepada pencapaian "Sebuah Dunia 1 Amerika." Matlamat terakhirnya ialah Iran yang akan dapat kita disaksikan setelah Libya dan Syria berjaya dijinakkan menjadi seperti Arab Saudi, Dubai, Abu Dhabi, Oman dan lain-lain. Ketika itu suara nasionalisme Arab semakin sepi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan pantas memberikan pengesahan terhadap tindakan pembunuhan itu kerana dunia akan lebih selamat dan aman tanpa Osama. Ini selari dengan dasar Malaysia yang anti-ekstremisme dan kekerasan dari sejak awal kemerdekaan.

British telah meninggalkan warisannya untuk menjamin kemerdekaan Malaysia selari dengan konsep ekonomi dan keselamatan Barat yang semakin jelas sekarang dalam dunia yang sedang bergerak pantas kearah globalisasi. Nasionalisme tidak lagi penting jika tidak selari dengan globalisasi.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Source: Mingguan Malaysia Online.

Polemik pameran Galeri Kerinci

Posted: 07 May 2011 06:12 PM PDT

Saharudin Musthafa

APABILA Muzium Kesenian Islam Malaysia dibuka di Kuala Lumpur pada Disember 1998, ia menjadi pusat perkembangan ilmu Islam yang amat dibanggakan. Ini kerana ia merupakan muzium pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam.

Gedung ilmu yang memuatkan 7,000 ribu artifak termasuk contoh kerja logam dan seramik Islam serta perpustakaan mengenai buku-buku kesenian Islam itu melengkapkan matlamat kerajaan untuk memikul tanggungjawab memelihara khazanah kesenian Islam.

Bahkan, kesemua artifak kesenian Islam dibawa masuk dari dinasti Islam seluruh dunia dan bukan hanya memberi tumpuan pada koleksi Timur Tengah, sebaliknya, penekanan terhadap apa yang didapati di Asia seperti China dan India serta dunia Melayu.

Mujurlah tidak ada pihak-pihak dari luar yang mengkritik dan menyelar tindakan kerajaan menyimpan segala khazanah berharga sejak kurun berkurun itu di muzium berkenaan kerana realitinya kita sendiri tahu koleksi-koleksi berharga itu bukanlah asalnya dari Malaysia.

Sebaliknya, ia dibawa ke Kuala Lumpur untuk dipelihara elok-elok dan dijadikan sebagai pusat rujukan dan perkembangan ilmu.

Bahkan, Malaysia sendiri pun tidak pernah mendakwa koleksi berharga di Muzium Kesenian Islam itu milik kita.

Sayang sekali permulaan kepada usaha mengasaskan Galeri Kerinci di Sekolah Menengah Seri Pantai, Kampung Kerinci, Pantai Dalam, Kuala Lumpur tidak semanis apa yang sudah dicapai oleh Muzium Kesenian Islam yang sudah tersohor itu.

Hanya sekadar galeri yang diasaskan (di sebuah sekolah), ia mencetus perdebatan yang luar biasa mengalahkan usaha untuk mendirikan sebuah muzium pula.

Sudahlah namanya pun galeri, barangan yang mahu dipamerkan di situ juga bukanlah koleksi asli masyarakat Kerinci.

Berdasarkan apa yang dihajati mereka yang mahu mengasaskan Galeri Kerinci itu, yang akan dipamerkan di galeri berkenaan hanyalah replika semata-mata serta koleksi foto, barangan kraftangan serta pakaian tradisi masyarakat Kerinci.

Segala khazanah asli masyarakat Kerinci tidak akan dibawa kerana kita semua sedia maklum itu hak mereka yang tidak boleh dibawa keluar sesuka hati kerana itu adalah harta negara. Bahkan, Ketua Kebudayaan dan Pelancongan Daerah Kerinci, Arlis dalam satu temu bual turut menjelaskan, koleksi asli masyarakat Kerinci akan tetap disimpan dan dipelihara di daerah Kerinci dan yang dibawa ke Malaysia hanyalah replika semata-mata.

Nah, apa lagi yang dibimbangkan? Bukankah sudah ada jaminan daripada pihak yang berkuasa?

Mengerat

Arlis juga optimis Galeri Kerinci yang diasaskan kelak akan membantu mengeratkan hubungan antara dua negara khususnya masyarakat Kerinci kerana selama ini sudah ramai warga Kerinci yang menjadi warganegara Malaysia.

"Mereka yang rindu menyaksikan budaya Kerinci boleh ke galeri berkenaan dan ini sekali gus mendekatkan budaya antara Kerinci dan Malaysia," jelasnya.

Namun, tidak ramai yang boleh menerima penjelasan Arlis dengan rasa terbuka dan objektif kerana yang dipaparkan di media Indonesia, Malaysia seolah sedang berusaha untuk terus 'mencuri' khazanah berharga mereka.

Cukup-cukuplah kita diperlekehkan sebelum ini pelbagai dakwaan yang remeh dan tidak masuk akal seperti lagu Rasa Sayang, tarian pendet, batik dan lain-lain lagi hak mereka secara total.

Kali ini, Galeri Kerinci itu pula yang menjadi bahan perdebatan pihak-pihak yang ternyata memiliki motif kurang senang terhadap keakraban dua bangsa yang sudah lama bersatu. Mujur juga kita orang Malaysia sentiasa rasional dan sangat terbuka menerima maklum balas seperti itu.

Biarlah kawan bersangka kurang baik kepada kita. Namun, untuk membalasnya dengan nada amarah bukan budaya orang Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia juga, barangkali sudah sampai masanya untuk kita menginjak setapak lebih ke hadapan memikirkan hal-hal yang lebih serius terhadap usaha memperkasakan peradaban bangsa kita.

Kalau tetangga sendiri tidak boleh memberi sokongan terhadap usaha-usaha murni membangunkan budaya sebangsa yang seeloknya dikongsi bersama, kita reda saja dan kembalikan semula apa yang mereka inginkan.

Barangkali juga, masa untuk kita kembali bernostalgia sudah tiada lagi. Biarkan sahaja sejarah menjadi sejarah. Untuk apa kita harus menagih simpati kepada mereka yang tidak sudi untuk menghulurkan salam persaudaraan.

Niat kita sangat murni mahu berkongsi budaya. Tapi, kalau niat disalah erti, ia saling tidak ubah seperti meletakkan garam ke atas luka. Biarlah juga galeri itu berada di Sekolah Menengah Seri Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Pamerkan saja apa yang ada.

Harus diingat, kita juga memiliki sejarah yang bukan sedikit untuk dikenang, dihargai dan diterjemahkan bukan saja dalam bentuk galeri, bahkan lebih besar menjadi muzium.

Gedung kesenian kita juga memerlukan pembelaan yang sewajarnya daripada pihak yang berkuasa.

Tentunya juga Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyedari hal-hal memelihara kesenian tempatan sangat kompleks dan memerlukan usaha yang konsisten.

Semoga ini menjadi satu lagi pengajaran buat kita semua.

Source: Mingguan Malaysia Online.

Gunung Brinchang

Posted: 07 May 2011 07:43 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Gunung Brinchang dilihat dari pekan Brinchang. Berketinggian 6,666 kaki dari paras laut, Gunung Brinchang terletak betul-betul di atas sempadan antara negeri Perak dan Pahang.


Kelihatan menara-menara telekomunikasi yang dibina di atas puncak Gunung Brinchang. Terdapat jalan raya berturap tar sehingga ke atas puncak gunung, melalui Kea Farm dan Ladang Teh Sungai Palas.

Buah Yang Jarang Dijumpai

Posted: 07 May 2011 07:30 AM PDT

By Idris Ismail Talu.


Madu Cameron Highlands

Posted: 07 May 2011 07:19 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Madu lebah - hasil dari kawasan Cameron Highlands.

Madu lebah yang masih di sarangnya.

Dipotong dan diletakkan di dalam bekas plastik.

Didalam botol pula.


No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan