Johor Search

Custom Search

Followers

05 May 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Ahmad Kamal Abdullah diumum Sasterawan Negara

Posted: 04 May 2011 07:00 PM PDT



PUTRAJAYA 3 Mei - Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala, 70, diisytiharkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Mengumumkan demikian hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, anugerah itu melayakkan Kemala menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan penerbitan sebanyak 50,000 naskhah atau kos cetakan karya bernilai maksimum RM500,000.

Karya tersebut akan dibeli oleh kerajaan dan disebarkan secara meluas ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Pada masa sama, Kemala akan menikmati kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di hospital kerajaan, kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera, menerbitkan karya dan terjemahan karya ke bahasa asing.

''Panel Penilai Anugerah Sastera Negara ke-11 yang dilantik oleh Perdana Menteri telah bermesyuarat sebanyak tiga kali dan saya mempengerusikan mesyuarat terakhir hari ini.

''Setelah membuat pertimbangan secara adil dan saksama, panel penilai mengisytiharkan Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11," katanya kepada pemberita di sini.

Kemala yang dilahirkan di Gombak, Selangor mempunyai latar belakang kegiatan sastera yang cukup luas dan menulis sejak di bangku sekolah rendah.

Beliau telah menghasilkan 11 buah buku kumpulan puisi, 25 buah buku antologi puisi, 10 buah buku kajian sastera, empat buah buku kumpulan cerpen, lapan buah buku antologi cerpen, empat buah drama, tiga buku cerita kanak-kanak dan lebih 50 esei dan kritikan sastera.

Muhyiddin menambah, karya- karya Kemala bermutu tinggi, dalam daya renungannya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan.

Ini terutamanya puisi nukilannya yang bukan sahaja menjadi ikutan generasi baru malah diminati oleh sarjana dalam dan luar negara, katanya.

Beliau berkata, karya-karya Kemala terutama puisi telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa asing seperti bahasa Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.

''Tokoh ini telah mendapat banyak anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara antaranya Anugerah SEA Write Awards (1986) daripada kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

''Beliau juga telah mengasaskan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (1993) dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986), gaya, sebutan dan rentak suara pembacanya menjadi ikon selain aktif membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara," katanya.

Source: Utusan Malaysia Online.

Gebu Minang - Sejarahnya

Posted: 04 May 2011 10:29 AM PDT

Arkib lama Mingguan Malaysia 29 April 2007.











Sumber: Utusan Malaysia

Cucur Durian @ Cucor Deroyan

Posted: 04 May 2011 09:12 AM PDT

By Idris Ismail Talu

Cucur durian atau cucor deroyan - mengikut cara sebutan orang negeri Perak, memang menjadi kegemaran ramai, khususnya di negeri Perak. Cara membuatnya cukup mudah, tepung gandum digaulkan dengan isi buah durian yang telah cukup masak, bersama sedikit air dan garam.

Setelah campurannya mesra dan sekata, ianya digoreng dalam minyak kelapa yang cukup panasnya. Itulah yang disebut cucur durian atau cucor deroyan mengikut dailek Perak.


Cucur durian yang sudah digoreng.

Isi durian untuk digaulkan bersama tepung untuk membuat cucur durian.


Kunjungan Ketua Imam Masjidil Haram Makkah

Posted: 04 May 2011 02:56 AM PDT


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak gembira menerima kunjungan Ketua Imam Masjidil Haram Makkah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais beserta rombongannya di pejabat perdana menteri itu di Putrajaya baru-baru ini.

Foto ihsan Utusan Malaysia Online.

Makam Tengku Menteri Ngah Ibrahim.

Posted: 04 May 2011 07:02 PM PDT

By Idris Ismail Talu


Tengku Menteri Ngah Ibrahim
Foto ihsan Muzium Matang, Taiping.



Makam Tengku Menteri Ngah Ibrahim
Di halaman Kota Ngah Ibrahim, Taiping.


Tengku Menteri Ngah Ibrahim, nama seorang pembesar Perak yang telah terlibat secara langsung di dalam arus pembangunan di negeri Perak suatu masa dahulu.

Kecekapan Ngah Ibrahim dalam pentadbiran daerah Larut khususnya telah menimbulkan rasa cemburu dan dendam di kalangan birokrasi penjajah di negeri Perak.

Sementelahan pula berlakunya peristiwa pembunuhan residen penjajah di Perak, kejadian ini diambil kesempatan oleh birokrasi penjajah untuk meminggirkan Ngah Ibrahim dari kekuasaan pentadbirannya di Larut secara khususnya dan Perak secara amnya.

Makam Tengku Menteri Ngah Ibrahim

Ngah Ibrahim telah dibuang negeri ke pulau Seychelles pada 20 hb Julai 1877. Kemudian beliau dpindahkan ke Sarawak sehingga akhirnya dibawa pula ke Singapura. Ngah Ibrahim meninggal dunia dan dikebumikan di sana.

Rangka jasad Allahyarham Ngah Ibrahim dikebumikan semula di halaman rumahnya sendiri pada 16 Syaaban 1428 Hijriah bersamaan 9 September 2006 pada pukul 1.30 petang.

Kota Ngah Ibrahim
Kini dikenali sebagai Muzium Matang di Taiping, Perak


No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan