Johor Search

Custom Search

Followers

03 May 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Dodol

Posted: 02 May 2011 07:01 PM PDT

By Idris Ismail Talu.



Jualan dodol.

Dodol merupakan sejenis makanan Melayu yang bukan saja terkenal seantero Nusantara (yang merangkumi Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Brunai dan Filipina) ini – malah telah menjangkaui ke Zanzibar di Afrika, di India Selatan, di Sri Langka dan juga Iran.

Dodol juga dikenali dalam pelbagai nama mengikut lokasi penggemarnya. Di Burma ianya dikenali sebagai kalama. Di Palembang Indonesia, dodol disebut gelamai, sementara di Zanzibar, ianya disebut sebagai halva.

Bahan asas untuk membuat dodol ialah tepung beras pulut, santan kelapa dan gula. Namun begitu ramai penggemar dodol mencampurkan bahan-bahan lain mengikut kegemaran masing-masing. Misalnya bila dicampur dengan isi durian atau lempuk durian, ianya akan dinamakan sebagai dodol durian.

Ada penggemar dodol mencampurkan dodol dengan isi buah nangka yang lazat dan wangi, menjadikannya sebagai dodol nangka.

Sementara dodol Garut terkenal kerana ianya adalah hasil produk penduduk Garut. Malah kaum Cina sendiri telah mengolahkan sejenis dodol dengan campuran gula kelapa yang dikenali sebagai dodol Cina, terkenal di kalangan masyarakat Cina Indonesia.

Memasak dodol mengambil masa yang agak lama – sekitar lapan hingga sembilan jam. Apabila dodol sudah pekat dan bila disentuh dengan jari, ianya tidak melekat lagi, ianya sudah selesai dimasak dan boleh disejukkan dan disimpan.

Erti dan Nilai Nama bagi Orang Islam di China

Posted: 02 May 2011 07:03 AM PDT

Dewan solat Masjid Barat Laut di Mongolia Dalam, China.
Foto ihsan: Kembara Bahasa.


Apatah yang ada pada nama? Demikian yang biasa kita dengar ucapan klise kebanyakan orang. Di negara kita, dalam kalangan orang Melayu masih banyak nama yang bersumberkan tradisi etnik meskipun nama yang bersumberkan Islam memang meluas. Nama saya sendiri diberikan oleh orang tua saya berdasarkan nama panggilan yang umum dalam kalangan masyarakat Melayu, meskipun keluarga saya berketurunan Jawa.

Saya sendiri tidak pasti mengapa saya diberi "nama Melayu" walhal menjadi tradisi orang Jawa "membeli nama" apabila naik haji. Nama yang dibeli daripada Syekh haji di Makkah ialah nama nabi atau keluarga nabi, nama yang berdasarkan nama Allah (dengan ditambah 'Abdul' di hadapannya yang bererti 'hamba' atau nama sahabat nabi. Moyang saudara saya (datuk saudara ayah saya) sendiri yang nama asalnya Embah Dhono (saya tidak pasti nama penuhnya) menukar nama menjadi Haji Ilyas apabila menunaikan haji.

Pokoknya, nama orang Melayu yang pada asasnya Islam (dengan tidak memperhitungkan Melayu yang murtad atau yang mungkin ateis)di negara kita tidak pernah menjadi isu atau persoalan yang berkaitan dengan agama anutannya, iaitu Islam. Namun, berbeda sekali halnya dengan yang berlaku di negara China.

Meskipun nama rasmi, atas tuntutan dasar negara, setiap orang memiliki nama China, namun setiap orang Islam lazimnya mempunyai "nama Islam"nya. Dalam salah satu misi tinjauan saya ke provinsi yang jumlah penduduk Islamnya agak besar, saya pernah beberapa kali ditanya oleh seorang Ahong (imam) sebuah masjid yang saya kunjungi sama ada saya muslim.

Riak wajahnya memamerkan rasa ragu walaupun saya mengesahkan keislaman saya. Puncanya ialah nama saya. Nama itu amat asing baginya, tentu kerana tidak bersumberkan nama nabi atau sahabat Rasulullah, atau paling tidak yang berbunyi kearab-araban. Demikianlah orang Islam di China mementingkan "nama Islam" sebagai asas "makna diri" atau identiti keislamannya.

Untuk mengetahui kisah seterusnya,
Anda perlu membacanya di:-

Kembara Bahasa.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan