Johor Search

Custom Search

Followers

02 May 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Alat Untuk Mengukur Kelapa

Posted: 01 May 2011 06:05 PM PDT

By Idris Ismail Talu.

Alat ini biasanya disebut sebagai "Kukur Kelapa" di Semenanjung Tanah Melayu. Alat ini digunakan untuk mengukur atau menanggalkan isi buah kelapa sehingga menjadi beserbuk kasar yang lembut.

Parutan ini akan dicampur dengan adunan buah pisang untuk dijadikan lepat pisang atau tempekan pisang. Parutan kelapa juga biasa dicampur dengan ubi kayu, ditumbuk di dalam lesung kayu untuk dijadikan getuk.

Namun begitu, dengan bantuan teknologi, memarut kelapa menjadi lebih mudah dengan menggunakan mesin pemarut kelapa. Malah untuk mendapatkan santan kelapa, parutan kelapa kini diperas menggunakan mesin juga.


Kukur kelapa berukir indah.



Kukur kelapa dari kayu yang kukuh.


Kukur kelapa dari kayu jenis lembut.


AVO Multimeter

Posted: 30 Apr 2011 11:11 PM PDT

By Idris Ismail Talu.

Multimeter ini hanya dikenali oleh para pelajar teknikal sehingga pertengahan tahun 1970an. Berjenama AVO. Multimeter ini agak berat. Kalau terjatuh di atas kaki, boleh hancur kaki kita dibuatnya.

Selepas tahun 1970an, para pelajar dan pekerja teknikal telah bertukar kepada multimeter yang lebih kecil, lebih murah, biasanya berjenama "Sanwa" - buatan Jepun.



No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan