Johor Search

Custom Search

Followers

30 April 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Kewangan Islam Malaysia capai standard dunia

Posted: 29 Apr 2011 06:28 PM PDT

Tarikh siar: 2011/04/30

MALAYSIA memiliki rangka kerja kawal selia dan tadbir urus kewangan Islam lengkap yang boleh dijadikan penanda aras sebagai standard dunia, kata Ketua Kewangan Islam Global Deloitte, Daud Vicary Abdullah.

"Malaysia hari ini adalah peneraju dalam kewangan Islam dan ini memberikannya platform untuk bergerak lebih maju di peringkat global," katanya sambil menekankan kewangan Islam kini menjadi komponen semakin penting dalam sistem kewangan antarabangsa.

Beliau berkata demikian kepada media pada satu siri ceramah berhubung Pengajaran Tadbir Urus Korporat Bagi Institusi Kewangan Islam anjuran Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Dalam Kewangan Islam (INCEIF) di Kuala Lumpur, semalam. Bagaimanapun, Daud berkata, Malaysia perlu sentiasa memastikan ia mematuhi peraturan global bagi membolehkannya sentiasa menjadi pendahulu dalam bidang itu.

Ditanya kenapa Malaysia, selaku negara Islam dan adalah peneraju dalam kewangan Islam, hanya berada di kedudukan ke-34 dalam senarai Global Islamic Cities Index tahun lalu, beliau berkata, terdapat faktor lain yang diambil kira dalam kaji selidik dijalankan pelajar George Washington University itu.

Antara faktor yang diambil kira, katanya ialah ketelusan, tadbir urus korporat, pengurusan risiko, tanggungjawab, kebebasan akhbar, hak asasi manusia, hak demokrasi dan tadbir urus undang-undang.

"New Zealand berada di tangga teratas diikuti Luxembourg, manakala Malaysia berada di kedudukan teratas dikalangan negara Islam.

"Negara bukan Islam itu mengatasi negara Islam berikutan pelaksanaan kemahirannya yang cemerlang." katanya.

Idea Global Islamic Cities Index bertujuan mewujudkan indeks yang menyukat kesenangan dan kemudahan mengamalkan Islam di bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Menerima positif keputusan Misbun.

Posted: 29 Apr 2011 06:20 PM PDT

Sayed Hesyam Idris.

Datuk Misbun Sidek

RAMAI yang terkejut dengan keputusan Datuk Misbun Sidek yang enggan menerima kontrak baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kelmarin.

Ketika ramai yang meramalkan Misbun hampir pasti menerima kontrak baru melatih skuad pelapis negara, ia ternyata jauh tersasar.

Kita tidak tahu apa sebenarnya perkiraan Misbun sehingga mengambil keputusan sedemikian, namun mungkin skop tugasan baru sebagai pelatih skuad pelapis mempengaruhi beliau menolak daripada terus berada di dalam BAM.

Atau mungkin juga beliau merasakan tanggungjawab melatih skuad pelapis seperti 'turun pangkat' setelah sekian lama melatih pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei?.

Atau mungkinkah Misbun mahu kembali ke BAM tetapi kekal sebagai sifu kepada Chong Wei?

Itu cuma telahan dan andaian sahaja. Selebihnya pembaca tafsirkan sendiri.

Misbun sudah membuat keputusan. Melihatkan apa yang berlaku sejak dia mengumumkan perletakan jawatan daripada BAM hujung tahun lalu, adalah mustahil untuk Misbun membuat pusingan-U kali kedua.

Persoalannya bagaimana kita mahu menerima secara positif keputusan Misbun?

Memang diakui kesan utama daripada keputusan Misbun itu ialah kita rugi, kerana beliau dilihat sebagai penyelesai kepada masalah ketandusan pemain pelapis berbakat.

Ketika kita bercakap mengenai pengganti Chong Wei, orang melihat Misbun sebagai penyelesai isu tersebut.

Keupayaan Misbun membentuk jaguh dunia memang diiktiraf seperti juara All England 2003, Hafiz Hashim dan abangnya Roslin Hashim yang pernah seketika memegang status pemain No. 1 dunia.

Apa yang ada pada Misbun dalam melahirkan jaguh dunia?

Dia diakui memiliki sentuhan tersendiri dalam membentuk disiplin pemain yang tinggi juga tahap kecergasan yang maksimum.

Misbun masih boleh memainkan peranan melahirkan pemain muda berbakat menerusi Kelab Nusa Mahsuri.

Sebenarnya 'keghairahan' dan keistimewaan Misbun ialah membentuk pemain muda.

Sebab itu Misbun jarang sekali menolak untuk mengendalikan klinik badminton yang dihadiri golongan muda.

Inilah kelebihan Misbun. Akhirnya bakat-bakat muda ini akan menggantikan pemain senior yang ada ketika ini.

Source: Utusan Malaysia Online.

Misbun tolak tawaran BAM

Posted: 29 Apr 2011 07:01 AM PDT

Oleh Jumiati Rosly, jumiati@bharian.com.my

2011/04/29



"KAMI semua keliru". Itulah luahan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi selepas mendapat perkhabaran mengenai keputusan Misbun Sidek menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam.

Entah apa yang berlegar dalam kotak fikiran bekas jurulatih perseorangan itu sehingga mengambil keputusan nekad itu biarpun pelbagai usaha perbincangan diambil sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 'turun padang' memujuk bekas jaguh negara itu.

"Kita tidak tahu apa sebenar perancangan Misbun. Kalau tak ada apa-apa kenapa dia lebih dulu ambil keputusan untuk berhenti? Tidak ada orang yang tahu apa difikirkannya mungkin dia mahu menjadi jurulatih di tempat lain atau pun mungkin memulakan perniagaan," kata Kok Chi, semalam mengenai tindakan membisu jurulatih itu sejak meletakkan jawatan pada penghujung tahun lalu.

Misbun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, semalam.

Semalam, dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BAM dipengerusikan Timbalan Presidennya, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah berkata semua ahli majlis menghormati dan menerima keputusan Misbun yang banyak memberi sumbangan kepada kejayaan sukan badminton sepanjang enam tahun bersama badan induk itu.

"Bila-bila masa Misbun mahu bersama semula kita, kita tidak halangan tetapi buat masa ini kita hormati keputusan Misbun," katanya, mengenai kehilangan jurulatih badminton itu, semalam.
Ada yang beranggapan andai aspek gaji dalam kontrak baru diambil kira, perkara itu mungkin tidak menjadi masalah apabila jumlah yang ditawarkan dikhabarkan tidak berubah tetapi mungkinkah faktor 'kehilangan' Chong Wei yang terus terang mengatakan sudah selesa tanpa bimbingan mentornya itu menjadi penyumbang utama?

Berdasarkan rekod cemerlang sebagai jurulatih, Kok Chi mengharapkan Misbun kekal menjadi jurulatih biarpun di tempat lain berdasarkan umur jurulatih itu yang dikategorikan masih muda lagi.

"Kalau saya di tempat Misbun, saya akan menyahut cabaran baru membimbing atlit pelapis dan melahirkan lebih ramai jaguh bagi Sukan Olimpik 2016. Kalau ada peluang sebegitu, saya pun mahu terima apa lagi berpeluang melatih anaknya (Misbun Ramdan) yang berbakat besar," katanya.

Sementara itu, ahli Majlis BAM, Datuk Sayed Abu Bakar Abdullah pula berkata: "Dia harus terima saja tawaran itu memajukan pemain negara. Dia tidak perlu lagi menjaga Chong Wei kerana pemain macam Chong Wei, letak mana-mana jurulatih pun boleh sebab dia memang sudah cemerlang."

Dia menambah, bekas pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo pula akan mula memikul tugas sebagai jurulatih perseorangan wanita program Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mulai Mei ini manakala Chi Shanrong yang melatih program SSBJ dilantik membimbing skuad perseorangan wanita kebangsaan.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Taman Tasik Taiping

Posted: 29 Apr 2011 06:39 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Taman Tasik Taiping - sebuah taman yang sungguh indah di tepi bandar tua Taiping. Suasana taman ini cukup menenangkan - cuma sekali sekala diganggu oleh kera-kera yang agak banyak di bahagian Timurnya.


Tasik dan taman di sekelilingnya.


Sejuk mata memandangnya.



Taman di pinggir bandar Taiping.


Kedamaian tasik.



No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan