Johor Search

Custom Search

Followers

24 April 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Evolusi Di Kota Suci Makkah

Posted: 23 Apr 2011 09:05 PM PDT


Oleh Noraini Ismail, norain@bharian.com.my

Tarikh siar: 2011/04/24

KESEMPATAN menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, pasti menjadi antara detik paling manis dan berharga dalam diri mereka yang bergelar jemaah umrah atau haji. Siapa yang tidak mahu menjadi tetamu Allah, beribadat sambil menyelami keistimewaan destinasi idaman umat Islam ini. Sudah pasti, pengalaman mereka yang mengunjungi sebelum Makkah dibangunkan, dengan tetamu sekarang amat jauh berbeza. Itulah dirasai wartawan Berita Minggu, NORAINI ISMAIL, yang menjejakkan kaki di Makkah 24 tahun lalu dan terbaru, awal bulan ini. Apa bezanya Makkah dulu dan sekarang? Ikuti catatan menariknya.

BANYAK perubahan berlaku di Makkah kini berbanding 24 tahun lalu ketika kali pertama saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada 1987 dan terbaru, awal bulan ini. Makkah ketika itu masih di kelilingi bukit berbatu. Di sebelah rumah kelahiran Rasulullah masih ada Jabal Kubis. Rumah penduduk Makkah berselerakan di atas bukit berbatu di sekitar Masjidilharam. Malah, kedai emas dan pelbagai barangan cenderamata memenuhi setiap ruang di sekeliling Masjidilharam.


Setiap lorongnya berbukit dan bertangga. Peniaganya sama ada di kedai kecil atau di kaki lima, tidak jemu-jemu menggamit jemaah yang berpeluang membeli-belah selepas solat. Jemaah pula tidak sukar mencari makanan Asia kerana ada pendatang dari Thailand dan Indonesia yang menjual makanan tradisional seperti nasi lemak. Kebanyakan kedai dibuka lewat petang dan keadaan sebegitu meriah pada sebelah malam. Aktiviti jual beli ini tiada sama sekali ketika waktu solat. Pemilik kedai membiarkan kedai terdedah tanpa sekelumit perasaan ia akan diceroboh pencuri ketika menunaikan solat fardu.

Lautan manusia penuhi Tanah Suci tidak kira musim

Pada masa itu juga, tiada peraturan ketat mensyaratkan jemaah mengikut muassasah ke Tanah Suci. Semua urusan daripada permohonan visa dan mendapat surat mahram daripada majlis agama diurus sendiri, menjadikan pembiayaan ke Tanah Suci teramat murah biarpun ia belum berupaya menggamit jemaah seperti sekarang.

Pemergian saya ke sana pada 1987, kebetulan pada 10 hari terakhir Ramadan. Suasana di Makkah sesak dengan jemaah dan kenderaan awam yang masih boleh melewati jalan raya di sekitar Masjidilharam.

Air dalam plastik bertulis sumbangan Raja Arab Saudi, dicampakkan kepada orang ramai yang berulang-alik ke masjid. Jemaah turut mengerumuni lori membawa roti untuk mendapat bekalan yang diberikan percuma.


Ramai jemaah umrah berkampung di sekitar kawasan Masjidilharam. Ada juga yang membawa dapur sendiri untuk memasak. Banyak beg dilihat dirantai pada pagar masjid menandakan ada pemilik yang bermusafir di situ. Itulah senario dan fenomena pada 24 tahun lalu.

Namun, ketika menyertai rombongan umrah pertama anjuran The News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), baru-baru ini, saya dapat saksikan banyak perubahan besar berlaku di Tanah Suci Makkah.

Penempatan murah seperti apartmen, rumah penduduk Makkah termasuk pendatang di bukit-bukit sekitarnya sudah dirobohkan yang digantikan bangunan penginapan bertaraf hotel kepada jemaah yang pastinya memerlukan perbelanjaan yang lebih besar.

Selain istana Raja Arab Saudi yang tersergam indah, kini sudah ada mercu tanda baru iaitu menara jam tertinggi di dunia yang terletak di ZamZam Tower. Di situ juga terletak Kompleks Abraj Al Bait yang menempatkan Hotel Makkah Raffles Centre, kompleks beli-belah, medan selera yang hanya kira-kira 50 meter dari Masjidilharam. Tidak ramai yang tahu, pembinaan menara jam ini turut membabitkan rakyat Malaysia.

Penempatan murah yang ada dan itu pun terpaksa bersaing ketika ini, hanya ada di belakang Hotel Hilton yang menunggu masa untuk dirobohkan. Bagi jemaah menginap di situ, peluang mendengar azan agak tipis kerana dihalang oleh bangunan tinggi. Bagi mereka yang tinggal di ZamZam Tower pula, suara azan disambung terus ke dalam bilik hotel.

Masjid Kuching yang terletak di sebelah Gaza dan Samiyah sudah pun diruntuhkan bagi projek pembangunan dan pelebaran Masjidilharam. Bagi memberikan laluan pembangunan, kerajaan melaksanakan penempatan semula penduduk Makkah di luar kota mengikut pelan perumahan yang lebih terancang. Mereka diberikan imbuhan besar menggantikan tanah diambil demi pembangunan sekitar Masjidilharam.

Kemasukan jemaah ke Tanah Suci dikawal menerusi sistem muassasah dalam usaha membendung kebanjiran pendatang tanpa izin. Projek pembangunan dan pelebaran Masjidilharam dilaksanakan secara berperingkat bagi menampung kemasukan jemaah umrah dan haji yang terus bertambah.

Bagi Kerajaan Arab Saudi yang berpegang kepada mazhab Wahabi, keutamaan lebih kepada kemudahan ibadat yang dituntut kepada umat Islam. Warisan sejarah yang berkait dengan perkembangan Islam dan kehidupan Rasulullah banyak dimusnahkan kerana perbuatan memuja tempat bersejarah itu dianggap bidaah. Demi tuntutan pelebaran Masjidilharam, rumah Siti Khatijah yang juga tempat tinggal Rasulullah diruntuhkan dan dibina tandas wanita. Pasar Zin yang dulu sibuk dengan kegiatan membeli-belah dan di situ ada satu tempat dikenal pasti sebagai tempat turunnya surah Al-Fatihah, juga lenyap tanpa kesan.

Masjid Jin dan Masjid Kuching yang boleh dijadikan tarikan sejarah juga sudah menyembah bumi. Hanya rumah kelahiran Rasulullah saja yang masih utuh dan ada ura-ura juga akan dirobohkan. Telaga ZamZam yang terletak di kawasan Kaabah dan mempunyai ruang untuk jemaah menikmati airnya juga ditutup dalam usaha melebarkan ruang tawaf. Air ZamZam kini dialirkan menerusi paip khas ke luar kota Makkah. Di situlah air ZamZam dikumpulkan untuk dibekalkan kepada orang ramai.

Banyak terowong baru dan jalan bawah tanah dibina untuk mengatasi kesesakan di Masjidilharam. Perubahan ini memudahkan orang ramai berjalan ke Masjidilharam tanpa dihalang kenderaan. Kawasan dataran di Masjidilharam masih menjadi tumpuan penduduk Arab di luar kota berkampung. Di tempat umum itu adaotis yang meminta orang ramai menyimpan barangan sendiri jika tidak mahu ia dialihkan oleh pihak berkuasa ketika membuat kerja pembersihan.

Selain mempunyai ruang tawaf yang luas dan boleh dilakukan di tingkat atas, jemaah juga menikmati kemudahan yang selesa mengerjakan sai dari Safar ke Marwah dengan ruang yang luas dan dibina tiga tingkat.

Bagaimanapun, dalam pesat membangun itu, ada beberapa perkara yang terlepas pandang iaitu kekurangan tandas untuk jemaah melepas hajat dan mengambil wuduk. Ada jemaah terpaksa menggunakan air ZamZam untuk berwuduk. Ada sesetengahnya mengambil tindakan pulang ke hotel bagi urusan itu kerana tidak sanggup berdepan kesesakan dalam tandas yang terhad.

Dulu musim umrah jemaah tidaklah seramai sekarang. Kini antara musim umrah dan haji tiada banyak bezanya kerana tumpuan umat Islam ke Tanah Suci semakin bertambah. Perubahan bukan saja meliputi pembangunan fizikal tetapi juga dari segi moral yang mana pengemis tidak lagi dibiarkan berkeliaran dalam masjid. Dulu memang ketara sekali budak-budak yang cacat anggota meminta sedekah dalam masjid. Keadaan ini tidak lagi berlaku, Bagaimanapun masih ada yang meminta sedekah di sepanjang jalan ke hotel.

Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Al-Syeikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais mahu umat Islam kuasai ilmu, bahasa Arab untuk kejayaan

Posted: 23 Apr 2011 08:33 PM PDT

Al-Syeikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais

Oleh Mohd Azis Ngah, azis@bharian.com.my

Tarikh: 2011/04/24

Al-Syeikh As-Sudais mahu umat kuasai ilmu, bahasa Arab untuk kejayaan

BERDEGUP jantung mendengar ceramah ringkas Imam Besar Masjidil Haram, Al-Syeikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Walaupun disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Arab, hadirin menerima mesejnya melalui terjemahan. Cukup menusuk hati terutama ketika ulama agung itu membacakan doa memohon keberkatan umat manusia.

Keindahan bacaan ayat suci al-Quran, ketenangan pada wajahnya mengiyakan semua cerita yang didengar sebelumnya kerana ulama ini cukup dikenali dan dikagumi selaku imam satu Masjidil Haram yang sering mengimamkan solat Tarawih. Beliau menyeru umat Islam supaya kembali bangkit membina tamadun agung Islam seperti yang pernah dikecapi sebelum ini dengan syarat semuanya mesti berlandaskan ajaran Islam sejati.

"Pelaksanaan Islam berasaskan pengetahuan Islam yang betul akan menghasilkan tamadun yang agung. Jika umat dulu mampu melakukannya, umat masa kini juga mampu. Misalnya Malaysia mengorak langkah ke arah yang perlu dicapai umat," katanya.

Apa yang perlu dilakukan ialah umat Islam mesti sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah kerana syukur itu adalah separuh daripada iman, separuh lagi adalah sabar.

"Antara nikmat besar yang dianugerahkan Allah ialah nikmat Islam, maka kita wajib bersyukur. Syukur itu ada tiga kategori, iaitu syukur dengan hati, dengan lidah dan syukur dengan amalan serta pekerjaan yang dilakukan.

"Marilah kita tingkatkan akidah keimanan kerana semua itu bertujuan ke arah mencapai kebenaran dan pengukuhan keimanan," katanya.

Bagi mencapai kesempurnaan hidup, Al-Syeikh Dr Abdul Rahman turut menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan, iaitu beriman, menterjemahkan iman kepada amalan salih, saling menasihati atas dasar kebenaran dan nasihat untuk bersabar menghadapi ujian, cabaran hidup ke arah merealisasikan keIslaman diri.

Ketika banyak negara lain kacau-bilau, bergolak dan tidak tenteram, katanya, umat Islam di Malaysia cukup beruntung kerana hidup dengan aman.

"Ujian itu datangnya dalam pelbagai corak. Kami di (Arab) Saudi, anda di Malaysia, kita dapat nikmat hidup dalam aspek keselamatan, keamanan, kesihatan dan sebagainya. Sebab itu kita perlu tingkatkan kesyukuran, akidah dan mendidik masyarakat," katanya.

Satu daripada rahsia mencapai kejayaan yang ditekankan beliau ialah menyeru umat Islam menguasai ilmu, terutama menguasai bahasa Arab ke tahap maksimum.
Baginya, bahasa Arab adalah bahasa orang Islam, bukannya bahasa orang Arab kerana jika mampu menguasai bahasa itu, ia akan meningkatkan personaliti Islam itu sendiri.

"Saya ajak anda fahami Islam sebenarnya, bukannya Islam yang ditafsir dengan pelbagai tafsiran. Apabila menguasai Islam sebenar, kita mampu hadapi cabaran dengan baik dan akhirnya mampu mewujudkan tuntutan akidah iaitu kesatuan Islam.

"Jika kita gagal mantapkan perkara tadi, kita tidak akan mencapai kesepaduan Islam," katanya sambil menambah umat Islam mempunyai tanggungjawab menyebarkan agama Islam tetapi pada masa sama bersikap toleransi kepada bukan Islam.

"Kita diwajibkan menyeru orang bukan Islam supaya memeluk Islam tetapi jika mereka menolak, tanggungjawab itu dianggap selesai tetapi hidup toleransi mesti dikekalkan," katanya sebelum mengakhiri ceramah dengan bacaan doa.

Tidak hairanlah, penterjemah ceramah itu sendiri mengakui, sukar baginya menterjemah secara sepenuhnya apa yang disampaikan kerana baginya, amanat ringkas yang disampaikan ulama besar itu semuanya mempunyai 'isi' dan mesej penuh makna.

Sikap rendah diri itu juga jelas apabila sendiri memohon kerjasama supaya gambarnya tidak dirakam ketika sedang menikmati jamuan makan tengah hari di Masjid Assyakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Di celah hadirin yang mendengar amanatnya, terdengar bisik-bisik 'tengok wajahnya, bersih dan tenang. Tidak hairanlah jika dia langsung tidak menonton televisyen.'

Jika apa yang diperkatakan itu benar, jelas sekali ulama besar itu memilih untuk tidak lalai dengan apa saja yang berunsur hiburan dan melalaikan.

Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Tawaran 'jujur'

Posted: 23 Apr 2011 08:05 PM PDT


Datuk Misbun Sidek.


Oleh Jumiati Rosly, jumiati@bharian.com.my

Tarikh: 2011/04/24

Nadzmi yakin dengan kontrak baru walau Misbun terus membisu

TIDAK mahu berfikiran negatif, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) percaya Datuk Misbun Sidek akan kembali ke badan induk itu kerana tawaran kontrak baru bagi melatih skuad pelapis disifatkan sebagai 'jujur'. "Kami jujur dalam mengemukakan kontrak baru kerana khidmatnya (Misbun) masih diperlukan dan pada masa sama, kami tidak mahu mengecewakan Lee Chong Wei yang makin selesa dengan jurulatih baru," kata presidennya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Apa yang perlu kini, katanya, ialah memastikan Misbun kembali ke BAM kerana percaya sentuhan emas jurulatih itu mampu melahirkan lebih ramai pemain badminton kelas dunia lain selepas membantu Chong Wei mengungguli persada antarabangsa.

"Maklum balas daripada Chong Wei adalah penting semasa kontrak baru dibuat. Khidmat Misbun diputuskan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) BAM dan keputusan jelas mahukan dia kembali, cuma hanya ada sedikit perbezaan tugas," katanya.

Dengan berbaki empat hari menjelang mesyuarat Exco BAM, Misbun perlu memberikan kata putus terhadap tawaran itu selepas dia tidak lagi diberi tugas membimbing Chong Wei yang kian selesa di bawah ketua jurulatih, Rashid Sidek dan Tey Seu Bock.

Jika tawaran itu diterima, Misbun akan bergandingan dengan Hendrawan untuk membimbing sembilan pemain pelapis termasuk anaknya, Misbun Ramdan yang dikatakan menjadi antara punca dia nekad meletak jawatan secara mengejut, 31 Disember lalu.

BAM mengemukakan tawaran kontrak baru kepada Misbun awal bulan ini dan Setiausaha Kehormat yang juga Pengerusi CTC, Ng Chin Chai berkata, syarat dan terma kontrak dipersetujui CTC tetapi hingga kini, Misbun belum memberi bayangan sama ada menerima atau menolak tawaran berkenaan.

Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Peran Nafs atau Qalbu selalu menguasai gerak dan kehendak manusia.

Posted: 23 Apr 2011 06:35 AM PDT



Kalbu atau hati memang amat mempengaruhi tindak tanduk manusia dalam hidupnya.

إِنَّ فِى الجَسَدِ مُضْغَةٌ إِذَا صَلُحَتْ صَلُحَ الجَسَدِ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدِ كُلُّهُ, أَلاَ وَهِيَ القَلْبُ رواه البخاري

" Sesungguhnya di dalam jasad terdapat segumpal mudhghah (benda darah), jika ia sehat maka baiklah seluruh jasad, dan jika ia fasad maka rusaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati .. "
Firman Allah mengingatkan bahwa jika hati manusia telah buta maka perbuatannya yang buruk akan tampak olehnya baik saja, sehingga dia merasa senang untuk mengerjakan perbuatan yang tidak baik, serta perangainya juga kurang terpuji.

فَإِنَّهَا لآ تَعْمَى الآَبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta itu, adalah hati yang ada di dalam dada. (Al-Hajj:22:46).

Maka selalulah berupaya membuka hati dengan selalu berdzikir mengingati Allah Azza wa Jalla.

إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ خَيْرًا فَتَحَ لَهُ قُفْلَ قَلْبِهِ وَ جَعَلَ فِيْهِ الْيَقِيْنَ وَ الصِّدْقَ وَ جَعَلَ قَلْبَهُ وَاعِيًا لِمَا سَلَكَ فِيْهِ وَ جَعَلَ قَلْبَهُ سَلِيْمًا وَلِسَانَهُ صَادِقًا وَ خَلِيْقَتَهُ مُسْتَقِيْمَةً وَ جَعَلَ أُذُنَهُ سَمِيْعَةً وَ عَيْنَهُ بَصِيْرَة ً رواه الشيخ عن أبي ذر

Apabila Allah hendak mendatangkan kebaikan kepada hambaNya dibukakan kunci hatinya dan dimasukkan ke dalamnya keyakinan dan kebenaran dan dijadikan hatinya menyimpan apa yang masuk ke dalamnya dan dijadikan hatinya bersih, lidahnya berkata benar, budinya lurus, telinganya sanggup mendengar dan matanya melihat dengan terangan. (HR. Syekh dari Abu Zar).

Dan manakala ingin mengharapkan sesuatu, berharapklah hanya kepada Allah Azza wa Jalla.

ياَ غُلاَمُ: احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ وَ إِذَا سَأَلَكَ فَاسْأَلِ اللهَ تَعَالىَ وَ إِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلّ َ رواه الترذي

Pemuda! Jagalah (perintah) Allah, niscaya Allah akan menjagamu. Jagalah (perintah) Allah, nanti engkau akan mendapati penjagaan-Nya di hadapan engkau. Apabila engkau menanya, tanyalah kepada Allah dan apabila engkau memohon pertolongan, mohonlah pertolongan hanya kepada Allah 'Azza Wajalla. (HR. Tirmidzi).

Peliharalah lidah dengan selalu mengucapkan yang baik dan menyelamatkan serta menghubungkan silaturahim.

أَطِبِ الكَلاَمَ، وَ أَفْشِ السَّلاَمَ، وَ صِلِ الأَرْحَامَ، وَ صَلِّ بِالَّلْيلِ وَ النَّاسُ نِيَامٌ، ثُمَّ ادْخُلِ الْجَنَّةَ بِسَلاَم ٍ --رواه ابن حبان عن أبي هريرة

Ucapkanlah perkataan dengan baik, kembangkanlah ucapan memberi salam, perhubungkanlah silaturahmi dan sembahyanglah di waktu malam ketika orang banyak sedang tidur, sesudah itu masuklah ke dalam surga dengan selamat. (HR. Ibnu Hibban dari Abu Hurairah).

Kehidupan yang baik adalah menunaikan apa yang dibebankan Allah kepada kita dan redha dengan ketentuan dan hukum hukum Nya. Insyaallah kita akan selamat di dunia dan akhirat.

أَدِّ مَا افْتَرَضَ اللهُ عَلَيْكَ تَكُنْ مِنْ أَعْبَدِ النَّاسِ وَ اجْتَنِبِ مَا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْكَ تَكُنْ أَوْرَعَ النَّاسِ وَ ارْضَ ِبمَا قَسَمَ اللهُ لَكَ تَكُنْ مِنْ أَغْنَى النَّاس رواه ابن عدى عن ابن مسعود

" Tunaikanlah apa yang diwajibkan Allah kepadamu, niscaya kamu menjadi hamba yang paling banyak ibadat. Jauhilah apa yang dilarang Allah kepada kamu mengerjakannya, niscaya kamu akan menjadi orang yang paling cermat. Relalah menerima apa yang dibagikan Allah kepadamu, niscaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya." (HR.Ibnu 'Adi dari Ibnu Mas'ud)

Dunia ini sesungguhnya tempat kita bermal dengan menyediakan diri selalu berbuat kebajikan kebajikan, karena dunia ini memang sangat manis, kadang kala orang lupa bahwa satu ketika dia akan meninggalkannya, baik dalam keadaan siap ataupun tidak. Maka berpeganglah kepada bimbingan Rasulullah SAW sebagai berikut ;

الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ، مَنِ اكْتَسَبَ ِفيْهَا مَالاً مِنْ حِلِّه و أَنْفَقَهُ فِى حَقِّهِ أَثَابَهُ اللهُ عَلَيْهِ و أَوْرَدَهُ جَنَّتَهُ وَ مَنْ اكْتَسَبَ فِيْهَا مَالاً مِنْ غَيْرِ حِلِّهِ وَ أَنْفَقَهُ فِى غَيْرِ حَقِّهِ أَحَلَّهُ اللهُ دَارَ الهَوَانِ وَ رُبَّ مُتَخَوِّضٍ فِى مَالِ اللهِ وَ رَسُوْلِهِ لَهُ النَّارَ يَوْمَ القِيَامَةِ. (رواه البيهقي عن ابن عمر

"Dunia itu manis dan hijau. Siapa yang berusaha memperoleh harta di dunia di jalan yang halal dan membelanjakannya menurut patutnya, niscaya orang itu diberi pahala oleh Allah dan dimasukkan ke dalam surga-Nya. Siapa yang mengusahakan harta di dunia tidak di jalan yang halal dan dinafkahkannya tiada menurut patutnya, niscaya Allah akan menempatkan orang itu di kampung kehinaan. Tidak sedikit orang yang menyelewengkan harta Allah dan Rasul-Nya memperoleh neraka di hari kiamat." (HR. Baihaqy dari Ibn Umar).

Allah swt berfirman:

وَاَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى, فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِىَ الْمَأْوَى

" Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggalnya ". (QS: An-Naazi'aat: 40-41)

Agenda besar yang mesti dilakukan dengan kesadaran yang tinggi adalah mengendalikan nafsu.

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ

" Dan aku tidaklah akan mampu membersihkan diriku dari kesalahan – selama memperturutkan hawa nafsu --, karena sesungguhnya nafsu sangat menyuruh kepada kejahatan."
Memperturutkan hawa nafsu sama dengan menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan, menjadi musyrik khafiy (tersembunyi).

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW :

حَفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ وَحَفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ

" NERAKA dikelilingi dengan SYAHWAT dan SURGA dikelilingi dengan KESULITAN "

Sesungguhnya jalan menuju ke NERAKA itu lebih menyenangkan. Seperti contohnya, pergaulan atau percampuran antara laki-laki dan perempuan tanpa batas, zina dan homoseksualitas, minuman memabukkan, pencurian (korupsi) dan perampasan, penipuan, pelanggaran dan penyelewengan kewajiban atau mengkhianati amanah dengan jabatan dan kedudukan, kebebasan dari melaksanakan kewajiban dan tanggung jawab serta ketidak pedulian dengan nilai-nilai kebaikan, termasuk memusuhi Allah dan para rasul, kesepakatan atas syahwat dan kebatilan, mengabulkan segala keinginan jiwa, lari dan lalai dari menyembah Allah, ketundukan kepada materi, senang berbuat zholim serta mau tolong menolong dengan orang-orang zholim.

Seseorang akan lebih senang mengerjakan apapun yang diinginkan nafsunya dan akan segera meninggalkan apa yang tidak diinginkan oleh nafsunya, walau itu bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul. Hal inilah yang mengakibatkan:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ اَضَاعُوْاالصَّلَوَةِ وَاتَّبَعُواالشَّهَوَاتِ. فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

" Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang lelaki) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan ". (QS: Maryam: 59)

وَيَوْمَ يُعْرَضُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْاعَلَى النَّارِاَذْهَبْتُمْ طَيِّبَاتِكُمْ فِى حَيَاتِكُمْ الدُّنْيَا, وَاسْتَمْتَعْتُمْ بِهَا فَالْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهَوْنِ بِمَاكُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُوْنَ فِى الْأَرْضِ بِغَيْرِالْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَفْسُقُوْنَ

" Dan (ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan) "kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawi (saja) dan kamu telah bersenang-senang dengannya, maka pada hari ini kamu dibalasi dengan adzab yang menghinakan karena kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan karena kamu telah fasik." (QS: Al-Ahqaaf: 20)

Pahamilah bahwa jalan menuju ke surga itu amat sulit bagi nafsu mengikutinya. Seperti ; Dzikir, pikir, tauhid, pengabdian, tawakal, khouf, harapan, wudhu, sholat, puasa, zakat, haji, hijab, tidak leluasa berduaan antara laki-laki dan perempuan tanpa batas, tidak minum minuman yang memabukkan, tidak berzinah, selalu membawa diri dengan akhlak tertentu yang mulia (karimah), meninggalkan kemunafikan dan bersabar atas semua hal yang di datangkan Allah dengan mengharap redha Nya.

Jalan ke surga harus ditempuh dengan jiwa yang sadar dan berpegang teguh atas segala yang dibebankan Allah Subhanahu wa Ta'ala, apapun kesulitan yang diakibatkannya, tidak cepat berputus asa. Pada hakikatnya, cobaan bukanlah kesulitan, karena Allah Azza wa Jalla tidak membebankan pada diri hamba Nya sesuatu yang di luar kemampuannya. Cobaan dan ujian adalah kemuliaan bagi setiap muslimin itu, sesuai pesan rasulullah SAW ;

عَجِبْتُ لِلْمُسْلِمِ إِذَا أَصَابَتْهُ مُصِيْبَةٌ احْتَسَبَ وَ صَبَرَ وَ إِذَا أَصَابَهُ خَيْرٌ حَمِدَ اللهَ وَ شَكَرَ، إِنَّ اْلمُسْلِمَ يُؤْجَرُ فيِ ُكلِّ شَيْءٍ حَتَّى فيِ الُّلقْمَةِ يَرْفَعُهَا إِلىَ فِيْهِ. (رواه البهقي عن سعيد

Aku kagum kepada orang Islam, apabila ditimpa cobaan, dia ikhlas dan sabar, sebaliknya apabila memperoleh kebaikan, dia memuji Allah dan bersyukur. Sesungguhnya orang Islam itu diberi pahala dalam segala hal, bahkan berkenaan dengan suap yang diangkatnya ke mulutnya. (HR. Baihaqi dari Sa'id).

Ingatlah...wahai hamba Allah, bahwa Allah Azza wa Jalla selalu berada dekat dalam jiwa hamba Nya. Ingatlah selalu akan DIA. Para Rasul Allah telah menyampaikan risalah-Nya, mengingatkan dan menyampaikan berita gembira serta mendatangkan bukti nyata dengan Wahyu Nya. Inilah faktor-faktor penguat Islam.

Adzab dosa dan hukuman Tuhan bagi mereka yang melanggar ketentuan-ketentuan Allah di dunia dan di akhirat.

Kehidupan yang baik dan nikmat abadi hanyalah bagi orang-orang yang berserah diri dan taat di dunia dan di akhirat.

Cobaan dan ujian adalah kemuliaan bagi setiap muslimin itu, sesuai pesan Rasulullah SAW ;

عَجِبْتُ لِلْمُسْلِمِ إِذَا أَصَابَتْهُ مُصِيْبَةٌ احْتَسَبَ وَ صَبَرَ وَ إِذَا أَصَابَهُ خَيْرٌ حَمِدَ اللهَ وَ شَكَرَ، إِنَّ اْلمُسْلِمَ يُؤْجَرُ فيِ ُكلِّ شَيْءٍ حَتَّى فيِ الُّلقْمَةِ يَرْفَعُهَا إِلىَ فِيْهِ. (رواه البهقي عن سعيد(

Aku kagum kepada orang Islam, apabila ditimpa cobaan, dia ikhlas dan sabar, sebaliknya apabila memperoleh kebaikan, dia memuji Allah dan bersyukur. Sesungguhnya orang Islam itu diberi pahala dalam segala hal, bahkan berkenaan dengan suap yang diangkatnya ke mulutnya. (HR. Baihaqi dari Sa'id).

Wallahu a'lamu bis-shawaab.

Disiar semula dengan izin Buya Mas'oed Abidin Z Abidin Jabbar.

Orang kaya patut wujudkan perpustakaan di kediaman: Tun M

Posted: 23 Apr 2011 02:30 AM PDT

Tarikh: 2011/04/23

Dr. Mahathir.


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan di kediaman mereka dan mengisinya dengan buku atau karya yang berharga.

Beliau berkata ini adalah amalan di negara barat seperti Amerika Syarikat, yang mana orang kaya di sana mewujudkan perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku lama, yang kemudiannya didermakan kepada perpustakaan selepas meninggal dunia.

"Sepatutnya orang-orang yang kaya di Malaysia ini membina perpustakaan mengandungi buku yang berharga, dan apabila mereka meninggal dermakan buku kepada perpustakaan untuk orang ramai," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa, di sini hari ini. Dr Mahathir turut meluangkan masa menandatangani karya beliau ''A Doctor in the House'' yang dibeli pengunjung di pesta yang bermula hari ini itu.

Mengulas isu berbeza, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu menimbang keperluan masyarakat Cina di negara ini termasuk menyediakan peluang perniagaan yang lebih banyak bagi meraih sokongan mereka. Ini kerana kata Dr Mahathir, sebagai komuniti yang berorientasikan perniagaan, kaum Cina memerlukan peluang yang banyak dan berterusan bagi mengembangkan perniagaan mereka. Beliau turut menolak dakwaan bahawa masyarakat Cina tidak pernah menyokong Barisan Nasional (BN).

"Sebelum ini, komuniti Cina memberi sokongan teguh kepada BN seperti ketika pilihan raya umum 1999 yang membantu parti memerintah memperoleh majoriti dua pertiga," katanya. – BERNAMA

Source: Berita Harian Malaysia Online.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan