Johor Search

Custom Search

Followers

22 April 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Alat Penimbang Zaman Dahulu

Posted: 21 Apr 2011 11:30 AM PDT

By Idris Ismail Talu



Kuala Kangsar Di Waktu Malam - Bahagian Kedua

Posted: 21 Apr 2011 06:32 AM PDT

By Idris Ismail Talu

Sambungan suasana Kuala Kangsar di waktu malam.



Kuala Kangsar - Bandar DiRaja.





Jam besar Kuala Kangsar.





Tersalah mendarat?


Jalan menghala ke Bukit Chandan.


Daulat Tuanku!


Kemeriahan di tepi Sungai Perak.




Kuala Kangsar Di Waktu Malam - Bahagian Pertama

Posted: 21 Apr 2011 06:33 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Keindahan bandar Kuala Kangsar dilihat pada waktu malam.


Di sepanjang tebing Sungai Perak di sebelah Sayong.


Jambatan merentasi Sungai Kangsar.





Kereta perisai tentera yang antik.






Kedai-kedai di Kuala Kangsar.


Sebahagian dari kawasan tebing Sungai Perak di Kuala Kangsar.






Jambatan Sultan Abdul Jalil di Kuala Kangsar.


Bubar institusi raja rugi bangsa sendiri

Posted: 20 Apr 2011 10:37 PM PDT

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM, pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 April - Rakyat perlu sedar bahawa fungsi institusi raja Melayu bukan semata-mata melibatkan adat-istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah negeri, sebaliknya ia jauh lebih besar iaitu untuk menyatupadukan rakyat serta mengekalkan keharmonian dan keadilan di negara ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, institusi berkenaan tidak boleh ditentang kerana pembubarannya belum tentu menjamin kesejahteraan dan keamanan negara.

"Bagi mereka yang bercita-cita dan mempunyai hasrat menentangnya, berhentilah kerana ia akan merugikan bangsa sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengulangi ikrar akan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu daripada sebarang tindakan menghina, apatah lagi mahu meruntuhkan sistem berkerajaan dan bernegara yang telah lama berakar di bumi ini.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr. Kamarudin Kachar pula mengingatkan parti pembangkang serta pihak yang buta sejarah agar jangan sesekali mengusik dan menyentuh kedaulatan institusi raja Melayu.

Menurut beliau, institusi raja Melayu telah bertapak sejak 2,000 tahun dahulu dan British menyerahkan negara ini kepada raja-raja Melayu ketika negara mencapai kemerdekaan.

Jelasnya, kedaulatan institusi tersebut sejak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka tidak pernah tergugat, dicela dan dicaci kerana martabat dan kedaulatannya sangat tinggi dan mulia.

"Saya minta kaum-kaum lain faham fakta sejarah ini dan jangan sesekali ditukar atau dipinda. Orang Melayu menentang sekeras-kerasnya jika ada sesiapa yang mahu menggugat institusi ini," katanya.

Source: Utusan Malaysia Online.

Khidmat Tan Sri Dr Zeti 5 tahun lagi

Posted: 20 Apr 2011 10:29 PM PDT


Oleh AHMAD FADZIL, pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 April – Perkhidmatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz disambungkan untuk tempoh lima tahun lagu, bermula 1 Mei ini.

BNM dalam kenyataannya di sini berkata, pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zeti, 64, telah memegang jawatan Gabenor sejak Mei 2000 dan beliau telah memainkan peranan penting sebagai penggerak pembangunan kewangan Islam di dalam dan luar negara serta industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, kata kenyataan itu.

Zeti juga merupakan individu penting dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat dagangan Sukuk di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Sementara itu, di Ipoh, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelantikan semula Zeti adalah penting kepada negara dalam menghadapi suasana ekonomi global yang semakin mencabar.

Beliau menyifatkan pengekalan Zeti itu akan terus memberi kesinambungan kecemerlangan kepada BNM.

''Di bawah kepimpinan Zeti, BNM muncul sebagai sebuah institusi paling kukuh dan berjaya di dalam dan luar negara.

''Kesinambungan kepimpinan Zeti penting bagi sebuah institusi penting seperti BNM ," katanya ketika diminta mengulas pelantikan semula Zeti pada majlis pelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Ipoh, hari ini.

Najib berkata, Malaysia tidak menerima kesan yang teruk semasa krisis ekonomi global kerana sistem kewangan dan perbankan berdaya tahan dan kukuh.

''Ini semua disebabkan kepimpinan BNM," ujarnya.

Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pelantikan semula Zeti disokong oleh masyarakat perbankan negara.

Beliau yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Malayan Banking Bhd. berkata, institusi perbankan memang memberi penghormatan tinggi kepada Zeti selaku Gabenor.

''Beliau telah berjaya mempertingkatkan imej Malaysia dalam sistem kewangan di dunia dan pelantikan beliau merupakan sesuatu perkembangan positif," katanya ketika ditemui di sini.

Source: Utusan Malaysia Online.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan