Kunjungan Tetamu Dari Melaka Posted: 20 Apr 2011 03:50 PM PDT By Idris Ismail Talu.Kelmarin (20 April 2011) sahabat saya Sdr Chairulsyah Abdul Wasli (dari UTeM Melaka) serta isterinya Puan Lily Siti Multatuliana Sutan Iskandar sempat singgah di bandar Ipoh ini, dalam perjalanan pulang dari Parit Buntar ke Melaka. Saya dan isteri amat terharu dengan kesudian keduanya mampir di Ipoh, bertemu saya dan isteri. Di depan Desa Tambun, Ipoh. Dalam persinggahan singkat tersebut, saya dan isteri sempat membawa tetamu kami ke "Sabar Menanti" – berhampiran Stadium Perak, dan singgah solat di Masjid Sultan Idris Shah (dalam keadaan hujan lebat). Selepas itu kami berkunjung untuk melihat-lihat dusun limau di Tambun sebelum keduanya meneruskan perjalanan ke Melaka. |
No comments:
Post a Comment
Informasi Anda..