IdrisTalu |
Posted: 18 Apr 2011 05:58 PM PDT By Idris Ismail Talu. Baru-baru ini, penulis berpeluang meninjau-ninjau di pekan kecil Gopeng - di Selatan bandar Ipoh. Walau pun pekannya agak kecil, tetapi aktiviti penduduknya yang terdiri dari pelbagai kaum itu tetap ceria dan mengasyikkan. Penulis ternampak sebuah rumah kedai lama yang telah diperbaiki dan diperkemaskan sebagai sebuah muzium mini persendirian. Muzium mini ini diberi nama "Gopeng Heritage." Banyak barang-barang serta perkakasan penduduk kampung yang agak berusia dipamerkan di "Gopeng Heritage" ini. Penulis kongsikan sebahagian dari peralatan yang dimaksudkan bersama pembaca blog yang budiman. Hiasan tangga serta bilik kediaman. |
DYMM Sultan Perak sambut ulangtahun keputeraan ke-83 Selasa ini. Posted: 18 Apr 2011 09:31 AM PDT DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah akan menyambut ulangtahun keputeraan Baginda yang ke-83, Selasa ini. Rakyat Perak yang ta'at dan setia kepada PadukaSeri Sultan adalah disarankan untuk mengibarkan bendera Perak di kediaman atau pejabat masing-masing bagi meraikan sambutan ulangtahun keputeraan DYMM Sultan Azlan Shah. Rakyat Perak Darul Ridzuan cukup bertuah kerana dapat bernaung di bawah payung pemerintahan baginda. Kita juga berdoa agar negeri Perak Darul Ridzuan terus maju. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Sultan Perak dan Raja Permaisuri, Tuanku Bainun dipanjangkan umur, dilimpahkan rahmat dan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amin. |
You are subscribed to email updates from IdrisTalu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Informasi Anda..