Johor Search

Custom Search

Followers

18 April 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Muzium-Muzium Di Malaysia

Posted: 17 Apr 2011 09:57 AM PDT

Muzium Negara
Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur.
http://www.muziumnegara.gov.my


Muzium Adat
196, Jalan Dato' Umbi, 71600 Kuala Klawang,
Jelebu, Negeri Sembilan, Darul Khusus.
http://www.jmm.gov.my/en/museum/customs-museum


Muzium Kota Johor Lama
Lot 1468, Kampung Johor Lama
81940 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
http://www.jmm.gov.my/en/museum/kota-johor-lama-museum


Malaysia Architectural Museum
No.1 Jln. Kota 75000 Melaka.
http://www.jmm.gov.my/en/museum/malaysia-architectural-museum


Muzium Lukut,
Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
http://www.jmm.gov.my/en/museum/lukut-museum


Muzium Sungai Lembing,
Sungai Lembing, 26200 Pahang
http://www.jmm.gov.my/en/museum/sungai-lembing-museum


Muzium Matang,
Kota Ngah Ibrahim Matang, Taiping 34750 Perak.
http://www.jmm.gov.my/en/museum/matang-museum


Muzium Archeological Lenggong
Kota Tampan Lenggong, 33400 Perak Darul Ridzuan.
http://www.jmm.gov.my/en/museum/lenggong-archeological-museum


Muzium Perak,
Jalan Taming Sari, Taiping, 34000 Perak
http://www.jmm.gov.my/en/museum/perak-museum


Galeria Perdana,
Jalan Ayer Hangat, Mukim Kilim,
07000 Langkawi Kedah Darul Aman
http://www.jmm.gov.my/en/museum/galeria-perdana


Muzium Kota Kayang
Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis
http://www.jmm.gov.my/en/museum/kota-kayang-museum


Muzium Kota Kuala Kedah
Kampung Seberang Kota 06600 Kuala Kedah Kedah Darul Aman http://www.jmm.gov.my/en/museum/kota-kuala-kedah-museum


Muzium Archaeological Lembah Bujang
242 A, Bangunan Dispensari Lama 08400 Pekan Merbok, Kedah Kedah http://www.jmm.gov.my/en/museum/lembah-bujang-archaeological-museum


Muzium Chimney
Lot 2 Tingkat Bawah, Bangunan Tabung Haji
Jalan Kesuma 87008 Wilayah Persekutuan Labuan
http://www.jmm.gov.my/en/museum/chimney-museum


Muzium Marin Labuan
Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan,
Jalan Tanjung Purun, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan.
http://www.jmm.gov.my/en/museum/labuan-marine-museum


Muzium Labuan
U 0364, Jalan Dewan,
87008 Wilayah Persekutuan Labuan.
http://www.jmm.gov.my/en/museum/labuan-museum


National Automobile Museum
Litar Antarabangsa Sepang
Jalan Pekeliling 64000 KLIA Sepang Selangor
http://www.jmm.gov.my/en/museum/national-automobile-museum


Muzium Kraft Orang Asli
Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur
http://www.jmm.gov.my/en/museum/orang-asli-crafts-museum


Malay World Gallery,
Jalan Damansara,
50566 Kuala Lumpur
http://www.jmm.gov.my/en/museum/malay-world-gallery


National Textiles Museum
JKR 26, Jalan Sultan Hishamudin, 50050 Kuala Lumpur.
http://www.jmm.gov.my/en/museum/national-textiles-museum


Natural History Museum ,
Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya.
http://www.jmm.gov.my/en/museum/natural-history-museum


Muzium.

Posted: 17 Apr 2011 08:24 AM PDT

By Idris Ismail Talu.


Muzium biasa nya merupakan sebuah institusi atau bangunan di mana sekumpulan artifak atau barang-barang penting yang berkaitan dengan seni, sejarah, sains dan lain-lainnya disimpan dan dipamerkan kepada umum.

Kebiasaannya muzium bermula dengan pengumpulan barang-barang artifak berharga milik peribadi dari kalangan hartawan atau milik sesuatu keluarga ternama. Apabila barang-barang ini sudah banyak dalam simpanan, mereka akan membuat atau membina sebuah bangunan khas untuk merawat, menyimpan dan mempamerkannya kepada umum.

Pengumpulan barang-barang mahu pun artifak biasanya dikumpulkan dari seluruh ceruk dunia. Muzium-muzium terkenal di seluruh dunia menyimpan dan mempamerkan artifak dari pelbagai negara, tidak semestinya dari negara tersebut sahaja. Ianya boleh jadi dalam bentuk asli atau pun duplikasinya.

Muzium-muzium besar biasanya terletak di dalam bandar-bandar besar di serata dunia. Sementara muzium-muzium yang lebih kecil dibina di bandar-bandar kecil pula.

Sesuai dengan proses pendigitalan maklumat di serata dunia, kebanyakan musium-muzium besar dunia telah memulakan proses penyimpanan maklumat dalam bentuk digital. Gambar-gambar beresolusi tinggi serta gambar-gambar dalam bentuk tiga dimensi membolehkan dan memudahkan orang ramai dan para pelajar mendalami ilmu dalam bidang ini.

http://idristalu.blogspot.com/

Dangau comel di laman

Posted: 17 Apr 2011 06:29 AM PDT

Oleh Rohaniza Idris, roha@bharian.com.my
Tarikh: 2011/04/17



Model ceria pada harga serendah RM1,800 paling popular di D'reebu Sdn Bhd

ASYIK rasanya jika dapat bersantai bersama keluarga di laman kediaman pada waktu senggang dan hujung minggu. Lebih menarik jika ada perabot laman yang boleh disesuaikan dengan keperluan penghuni selain saiz dan konsep laman yang ada.

Jika dulu, kemewahan menikmati kemudahan di chalet itu hanya wujud dalam bentuk kenangan indah percutian, tetapi kini jelmaan pondok dan chalet itu mampu direalisasikan di depan mata. Malah penggunaan perabot laman kayu seperti pondok dan chalet kini semakin popular kerana saiznya yang boleh disesuaikan dengan laman berkeluasan terhad mahu pun yang luas.

Biarpun diakui kemampuan memiliki produk kayu ini lebih memihak kepada golongan berpendapatan tinggi dan sederhana, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga tidak terkecuali jika tahu lubuk atau pilihannya.

Ini kerana, produk keluaran D'reebu Sdn Bhd (D'reebu) yang beroperasi di Sungai Buloh, Selangor turut memasarkan produk dalam pelbagai harga yang mampu milik dan kompetetif.

Pengurus D'Reebu Sdn Bhd, Alias Mohd Desa berkata, syarikatnya menjual pondok dengan harga serendah RM1,800 seunit dikenali sebagai pondok ceria dengan ukuran 5 meter X 5 meter.


"Jualan pondok ini sangat menggalakkan. Selain itu, kami menjual pondok santai yang
ukurannya lebih besar sedikit daripada pondok ceria tetapi berbaloi dimiliki. Selain itu, chalet yang kecil dan comel turut mendapat sambutan.

"Chalet adalah pondok yang bertapa dan berdinding, manakala pondok tidak mempunyai dinding, terbuka dan beratap. Saiznya yang kecil menyebabkan ramai yang mahu memilikinya.

Katanya, kebanyakan pondok dan chalet yang dihasilkan tampil ringkas tanpa sebarang ukiran kerana ia dapat disesuaikan dengan apa juga jenis kediaman atau konsep laman, daripada tradisional, kontemporari hingga yang moden.

"Saya akui pondok atau chalet dengan ukiran nampak lebih eksklusif kerana mempunyai ciri nilai tradisional Melayu. Bagi pondok dan chalet tanpa sebarang ukiran, ia tetap menarik dan harganya jauh lebih murah walaupun kayu yang digunakan masih sama iaitu meranti, cengal dan balau," katanya.

Beliau turut memberitahu ciri ringkas tetapi menarik menjadi kelebihan pondok dan chalet kerana ia tidak lapuk di zaman dan tidak jemu dipandang.

"Jika pelanggan meminta pandangan saya, saya cadangkan pilih saja pondok kecil dan chalet yang tidak sarat dengan ukiran dan berkerawang kerana ia sesuai dengan apa juga jenis kediaman dan tidak jemu dipandang selain harganya jauh lebih murah. Namun, kami menerima tempahan untuk apa juga jenis pondok dan chalet yang diinginkan termasuk mempunyai ukiran tembok tebus atau bunga timbul mengikuti cita rasa pelanggan," katanya.

Kebanyakan perabot laman yang dihasilkan di D'reebu menggunakan pasak dan tanggam kayu manakala penggunaan paku atau skru disorok supaya ciri kekuatan kayu diperlihatkan.

Satu yang menarik, pelanggan boleh memilih mana-mana pondok mengikut cita rasa masing-masing kerana lebih 28 reka bentuk pondok dijual dengan pelbagai jenis atap pilihan. Bagi chalet, enam reka b bentuk boleh dipilih.

Selain menggunakan atap genting, atap polikarbonat, kanvas, kain, papan dan singler turut dipasarkan manakala atap lalang atau rumbia dibuat berdasarkan permintaan dan tempahan pelanggan.

Selain itu, D'reebu juga menerima tempahan dan menjual produk kayu lain termasuk stor mudah alih, buaian, pergola, pagar kayu, sengkuap (awning) kayu, chalet, rumah kayu dan terkini kolam kayu yang boleh dipasang untuk dalam dan luar kediaman.

Kolam kayu itu menggunakan kanvas dan plastik bermutu tinggi yang kalis kebocoran sebagai kolam menadah air. Didatangkan dengan dek kayu di sekelilingnya, manakala ruang air terjun turut dipasang. Kolam berkenaan juga boleh ditempah mengikut cita rasa pelanggan.

INFO: D'reebu Sdn Bhd

# Ditubuhkan pada 2007 dan perniagaan utama adalah membuat dan memasarkan perabot laman.
# Operasi utama membuat dan memasarkan perabot taman seperti pondok, pergola dan gazebo.
# Beroperasi di Kampung Merbau Sempak, Jalan kepong- Kuala Selangor, Sungai Buloh, Selangor.
# Pernah mengikuti rombongan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia ( MTIB ) ke pameran perabot di Cologne, Jerman, pada Ogos 2008.
# Menyertai pameran perabot bersama Malaysian Timber Council ( MTC ) ke Pameran di Warsaw, Poland, selama 1 tahun pada 2009.

Menarik mengenai ukiran kayu:

# Ukiran kayu atau di seni ukir adalah cabang seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.

# Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasilkan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

# Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dulu negeri berkenaan di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.

Bentuk ukiran:

Ukiran Tebuk Tembus

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

Ukiran Bunga Timbul

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

Ukiran Arca

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

Larik

Melarik adalah satu cara orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

Ukiran Kayu Hanyut

Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Apabila yang kalah mahu berkuasa

Posted: 17 Apr 2011 05:45 AM PDT

Oleh Mazlan Nordin

SEPERTI diakui peperangan paling digeruni ialah perang saudara dan peristiwa-peristiwa ngeri yang meninggalkan kesan-kesan berlarutan. Tetapi bagi sesetengah pihak yang bertekad merebut kuasa lain hal menjadi perhitungan utama.

Mendapat perhatian selama berbulan-bulan adalah pertembungan di Ivory Coast di antara Laurent Gbagbo yang tewas dalam pilihan raya lima bulan lalu, tetapi terus mahu berkuasa! Lawannya, Alassane Outtara menang hingga diakui oleh seluruh dunia, namun masih tertunggu-tunggu bertugas untuk rakyat.

Antara yang menjadi pengajaran ialah perang saudara di Liberia, sebuah lagi negara di Afrika Barat yang melibatkan tiga pemimpin - Samuel Kanyon Doe, Presiden yang ke-21, Charles Taylor Presiden yang ke-22 dan Prince Johnson, tokoh politik.

"Prince" bukan bererti ia keturunan raja kerana ia nama biasa bagi kaum lelaki di Liberia. Beliau berperanan menangkap dan membunuh Samuel Doe. Berikut ialah sebahagian dari laporan seorang wartawan yang menyaksikan peristiwa kejam itu:

"Apa kau buat dengan wang rakyat Liberia"? Johnson menengking dan kamera TV menunjukkan ia duduk di belakang meja. Biasanya ia memakai beberapa pingat, tetapi kali ini dua butir bom tangan tergantung pada dadanya. Ia sedang minum beer ketika itu. Lalu penyokong-penyokongnya bersorak: Mana wang itu? Mana wang itu?

Presiden Doe menjawab "Longgarkanlah tali yang mengikat diri saya ini, Saya sakit ni". Beberapa orang Liberia mencurah beer ke atas kepalanya dan mengoyak kemejanya.

"Aku akan bunuh kau" Johnson berteriak dengan nyaring. Beberapa budak lelaki menarik beliau berdiri di hadapan Doe. Seorang wanita menyapu muka Johnson dengan kain.

perintah

Johnson kemudian memberi perintah: "Potong telinganya". Lantas dua budak lelaki memeluk tubuh Doe. Seorang budak lain memotong telinga kirinya dengan pisau dan mencampakkannya ke atas riba.

Johnson berteriak lagi "aku suruh potong telinganya". Doe menjerit manakala yang lain memotong telinga kedua". Demikian sedutan laporan seorang wartawan Amerika. Bukunya terbit pada tahun 2002.

Doe sendiri pada 12 April 1980 mengetuai rampasan kuasa pihak tentera Liberia. Mati dalam peristiwa itu ialah Presiden William R. Tolbert.

Dengan peristiwa itu juga tamat dominasi politik warga Amerika-Liberia selama 133 tahun iaitu keturunan pendatang kulit hitam dari Amerika.

Menurut laporan lain pada peringkat permulaan rejim Presiden Doe, ramai ahli pemerintahan Tolbert yang digulingkan menjadi korban.

Menggantikan Doe kemudiannya ialah Charles Taylor dari 2 Ogos 1997 hingga 11 Ogos 2003 sebagai Presiden Liberia ke-22. Beliau lahir di Amerika dan mendapat ijazah sebelum kembali ke Liberia untuk bekerja dengan Presiden Doe.

Setelah dipecat atas tuduhan bersabit wang, Taylor pindah ke Libya untuk berlatih sebagai pejuang perang gerila. Beliau kembali ke Liberia pada tahun 1989 sebagai ketua gerakan untuk menggulingkan rejim Presiden Doe.

Selepas kematian Doe kemudiannya Taylor berjaya menguasai sebahagian besar negara Liberia, setelah tercapai kedamaian Taylor dipilih menjadi Presiden pada tahun 1997.

Perang saudara kedua di Liberia berlaku pada tahun 1999. Menjelang tahun 2002 beliau kehilangan kuasa di wilayah-wilayah pedalaman. Pada tahun 2006, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu sebulat suara bersetuju membenarkan Taylor dibicarakan di Mahkamah Antarabangsa di The Hague, negeri Belanda.

Juga telah dilaporkan ialah pidato-pidato beliau melalui stesen radio tiap hari pada jam enam petang, satu darinya berbunyi: "Kami telah menawan seribu laskar dan saya sendiri telah membunuh 753 orang. Mudah saja mereka menemui maut. Satu peluru memadai untuk membunuh dua orang pengecut dan pembunuh yang begitu berlagak di serata bumi Liberia".

Dalam satu peristiwa lain beberapa orang kanak-kanak lelaki mengepung seorang dewasa. Salah seorang kanak-kanak itu berkali-kali memijak kepalanya. Siapa gerangan orang-orang dewasa yang mengajar kanak-kanak menjadi begitu bengis.

Akhirnya Gbagbo di Ivory Coast ditawan. Di samping itu Moussa Koussa, bekas Menteri Luar Libya telah menyeru supaya dihindarkan perang saudara berlaku di Libya.

Source: Mingguan Malaysia Online.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan