Johor Search

Custom Search

Followers

10 February 2011

News @ Feryco

News @ Feryco


Percutian di atas ‘Boathouse’ Tasik Kenyir

Posted: 09 Feb 2011 12:59 AM PST

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara, yang merangkumi 260,000 hektar dan juga merangkap empangan hidroelektrik terbesar di Asia. Ketika empangan diisi dengan air, sebahagian besar puncak bukit-bukau berada di atas tahap air, sehingga membentuk sekitar 340 buah pulau buatan manusia. Hutan hujan disekelilingi kawasan tersebut melengkapi tasik yang luar biasa dengan berbagai macam flora dan fauna.

Ini termasuk langka pakis, anggrek eksotis, burung enggang, gajah, dan harimau kumbang. Tasik Kenyir juga merupakan habitat bagi lebih dari 8000 spesies bunga, 2500 spesies tanaman dan pokok, 800 jenis anggrek, dan 300 jenis cendawan.

Tasik Kenyir juga merupakan lokasi popular untuk pecinta alam kerana lokasinya yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang rimbun. Kawasan ini juga merupakan syurga pemancing kerana perananya sebagai habitat bagi ratusan jenis ikan air tawar seperti Baung, Toman, Kelisa, Lampam dan Kelah. Dikelilingi oleh hutan tropika yang luas, tasik ini merupakan tempat popular untuk aktiviti memancing, berperahu, berkaya, menjelajah hutan, trek 4WD dan golf.

Terdapat pelbgai kemudahan penginapan dari sebuah resort 3 bintang, vila di pulau-pulau, resort mengambang atau ‘boathouse’ di mana bilik, makananan dan kelengkapan disediakan. Tasik Kenyir juga merupakan pintu gerbang ke Taman Negara melalui Tanjung mentong.

GoKenyir.com merupakan satu syarikat yang bergiat aktif dalam mempromosi percutian di atas ‘boathouse’ di Tasik Kenyir. Percutian di atas ‘boathouse’ ini sangat popular di kalangan kaki pancing. Kebanyakkan pelangga membawa bersama keluarga kerana ‘boathouse’ mempunyai kelengakapan yang lengkap seperti resort 3 bintang.

Bagi yang berminat untuk bercuti di atas Tasik Kenyir Boathouse ini anda boleh terus ke www.gokenyir.com untuk memilih pakej yang sesuai dan seterusnya menikmati percutian yang sangat menarik di atas resort ‘terapung’ di Tasik Kenyir.

Web: http://www.gokenyir.com
Facebook: http://www.facebook.com/gokenyir
Twitter: http://www.twitter.com/GoKenyir

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan