Johor Search

Custom Search

Followers

30 October 2010

News @ Feryco

News @ Feryco


Menangkis Kejahatan Makhluk Halus

Posted: 29 Oct 2010 07:51 AM PDT

Oleh: Ustaz Sharhan Shafie

RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN

Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya:

“Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).” (Al-A’raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An’am 112)

MAKNA PERKATAAN JIN

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie – perkataan tunggalnya “Jinny” yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

ASAL KEJADIAN JIN

Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)

“Al-Maarij”
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).

“Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas.”
(Al Hajar 27)

“Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A’raf 12)

KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). (Al An’am 130)

TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

Zina Umpama Barah Hancurkan Masyarakat

Posted: 28 Oct 2010 11:59 PM PDT

TIDAK pasti sama ada anda sebagai pembaca menyokong atau tidak tajuk yang diberikan di atas. Tapi bagi penulis itulah perumpamaan yang paling ideal bagi menggambarkan situasi buruk tersebut.

Gejala zina dan seks bebas begitu membarah di kalangan masyarakat kini. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan ahli masyarakat yang tercari-cari di mana silapnya dan apakah langkah penyelesaian terbaik.

Tidak dinafikan banyak cadangan yang telah dikemukakan pihak kerajaan mahupun swasta bagi membendung masalah tersebut. Antara yang begitu hebat dibicarakan ialah pendidikan seksual di awal usia kanak-kanak. Persoalannya sejauh manakah kejayaan seksual yang telah dipraktikkan di negara barat dapat mengatasi gejala seksual yang begitu menular di negara kita.

Antara pertubuhan bukan kerajaan yang begitu prihatin untuk membendung masalah ini ialah Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia dan Wanita Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dengan kerjasama Persatuan Mawaddah Malaysia. Ketiga-tiga pertubuhan ini begitu tegas menyatakan pendirian bahawa pelaksanaan Syariah sepenuhnya adalah penyelesaian terbaik kepada masalah sosial yang sedang menular.

Pun begitu para cendekiawan dari persatuan ini tidak menolak terus kepentingan melaksanakan pendidikan seksual sebagai langkah interim ke arah penyelesaian masalah semasa.

Antara kenyataan yang dikeluarkan ialah, pelaksanaan pendidikan seksualiti di sekolah ini perlu dibincangkan dan diperhalusi dari segi bentuk pengajaran dan pembelajarannya. Pendidikan seksual yang hendak dilaksanakan itu mestilah menyeluruh, melibatkan lima dimensi iaitu; biologikal, intelektual, emosi, sosial dan spiritual. Pendidikan yang hanya menekankan aspek biologikal tanpa input tentang nilai agama dan moral akan gagal membina jati diri anak-anak. Ia sekali gus menyebabkan gagal mengawal gejala zina yang semakin teruk kini.

Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia, Maznah Daud berkata, mereka tidak menafikan usaha-usaha bagi menyelamatkan pembuangan bayi yang tidak berdosa.

"Wanita Ikram Malaysia menyeru supaya langkah penyelesaian yang lebih holistik dilaksanakan dengan meningkatkan usaha mencegah zina.

"Masyarakat perlu kembali mengamalkan cara hidup berpandukan ajaran agama masing-masing. Bagi umat Islam pula tiada pilihan lain kecuali kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam berpandukan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW," tegasnya pada Wacana Gejala Zina dan Pendidikan Seksualiti di Kompleks Komuniti Presint 16, Putrajaya, baru-baru ini.

Maznah menegaskan pendidikan seksualiti yang bakal dilaksanakan perlulah sentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah, akhlak, tingkah laku mulia, jauh kemungkaran dan tidak pula mendatangkan kemudaratan orang lain.

"Kandungan pengisian pendidikan seksualiti itu perlulah mampu menjurus anak-anak yang dididik ke arah memahami diri sendiri dan seterusnya membawa mereka kepada mengenali serta patuh kepada Allah SWT sebagai tuhan mereka. Ini jelas sekali menunjukkan bahawa bentuk pengajaran dan pendidikan seksualiti yang patut dibuat di negara ini adalah jauh berbeza dari apa yang dilaksanakan di barat," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan