Johor Search

Custom Search

Followers

06 October 2010

Dr. Mahathir dibenar keluar hospital


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menerima rawatan di Hospital Epworth, Melbourne, Australia kerana jangkitan kuman di dada dibenarkan keluar dari hospital itu kira-kira pukul 9 pagi (waktu Malaysia) hari ini.

Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, pasukan perubatan berpuas hati dengan perkembangan kesihatan Dr. Mahathir tetapi negarawan itu akan ditempatkan dalam pengawasan bagi tempoh yang belum diketahui.

"Sepanjang tempoh itu, pasukan perubatan akan terus memberikan rawatan antibiotik dan fisioterapi kerana ini telah dilakukan sejak beliau (Dr. Mahathir) dimasukkan ke hospital itu akibat ada jangkitan dalam dada," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Dr. Mahathir tiba di Melbourne pada Khamis lalu untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne yang dijadualkan Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth, pada pukul 9 pagi hari tersebut bagi rawatan jangkitan kuman di dada.

Menurut Sufi, Dr. Mahathir akan ditempatkan di sebuah hotel berhampiran bagi memudahkan pasukan perubatan membuat pemantauan.

"Pelepasan dari hospital hari ini (pukul 12 tengah hari waktu Melbourne) ke sebuah hotel berhampiran juga merupakan sebahagian daripada proses untuk mencepatkan proses pemulihan kepada Dr. Mahathir," katanya.

JohorToday

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan