News @ Feryco |
Adab dan Sunat Hari Raya Eidul Fitri Posted: 06 Sep 2010 11:08 AM PDT Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini. 1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut : a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar 2. Memakai sebaik-baik pakaian Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya. 3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan. 4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya Ummu 'Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim) Setengan ulama' mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya. 5. Melaungkan takbir pada hari raya Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya. 6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami' ) 7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu. Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya. Source: ePondok |
You are subscribed to email updates from News @ Feryco To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Informasi Anda..