Johor Search

Custom Search

Followers

08 August 2010

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Ramai amah lari pada Ramadan

Posted: 07 Aug 2010 05:37 AM PDT

RIYADH: Ramai pembantu rumah lari dari kediaman majikan mereka sepanjang Ramadan kerana beban kerja yang meningkat. Seorang pegawai kebajikan kedutaan negara Asia di Saudi berkata, selain beban kerja, pihaknya juga mendapati keadaan itu berlaku kerana pembantu rumah diarah berjaga hingga lewat malam untuk menyediakan sahur. Menurutnya, alasan lain seperti gaji yang tidak dibayar dan penderaan memburukkan lagi [...]

Saudi sekat BlackBerry

Posted: 07 Aug 2010 05:34 AM PDT

JEDDAH: Arab Saudi semalam menggantung perkhidmatan penghantaran mesej BlackBerry ketika kebimbangan berhubung isu keselamatan berkaitan telefon pintar popular itu merebak ke Asia Barat dan sebahagian Asia. Ia sudah dihentikan, kata seorang pengguna telefon pintar itu di barat Jeddah. Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat Saudi mengumumkan Selasa lalu bahawa ia mengarahkan tiga pembekal perkhidmatan telefon bimbit di [...]

76 penduduk korban wabak anjing gila di Bali

Posted: 07 Aug 2010 05:28 AM PDT

DENPASAR: Kerajaan Indonesia mengarahkan semua anjing di Pulau Bali diberi suntikan vaksin bagi menangani wabak penyakit anjing gila yang menyebabkan 76 orang terkorban dalam tempoh dua tahun lalu. Menurut sumber kerajaan, 34,000 menjadi mangsa gigitan anjing di pulau pelancongan itu yang amat popular di kalangan pelancong Barat dalam tujuh bulan pertama tahun ini. Kami mensasarkan untuk memberi [...]

Gunung Berapi Karangetang meletup: 4 hilang

Posted: 07 Aug 2010 05:26 AM PDT

JAKARTA: Salah satu gunung berapi aktif di Indonesia meletus menyebabkan beberapa penduduk cedera parah, semalam. Menurut sumber kerajaan, Gunung Karangetang yang terletak di Siau di kepulauan Sulawesi meluahkan lava dan debu panas ratusan meter ke udara. Sekurang-kurangnya empat penduduk yang tinggal di desa di kaki gunung dilaporkan hilang, manakala beberapa lagi cedera parah. Kali terakhir Gunung Karangetang meletup [...]

Penumpang kereta api disamun

Posted: 07 Aug 2010 05:21 AM PDT

NEW DELHI: Sekumpulan penyamun bersenjata menyerang kereta api ekspres di utara India serta mencederakan 21 penumpang sebelum melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai AS$5,000 (RM16,000), semalam. Menurut akhbar Press Trust India, sekumpulan 35 penyangak merempuh kereta api ekspres yang menuju ke New Delhi ketika ia berhenti di Stesen Bihar. Kumpulan itu melepaskan tembakan ke arah kakitangan [...]

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan