Johor Search

Custom Search

Followers

15 May 2010

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Impian Malaysia musnah

Posted: 14 May 2010 03:46 PM PDT

Chong Wei gagal menyumbang mata pertama negara apabila tewas kepada Lin Dan 17-21, 8-21 semalam. IMPIAN seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan skuad badminton negara kembali menjulang Piala Thomas musnah. Semuanya gara-gara kekalahan memalukan kepada juara bertahan, China pada saingan separuh akhir semalam. Pada aksi yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil itu, skuad negara terpaksa akur dengan [...]

Histeria lepas nampak hantu

Posted: 14 May 2010 03:38 PM PDT

SEKUMPULAN pelajar SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor masuk ke dalam surau untuk program keagamaan bagi menbendung kejadian histeria semalam.GAMBAR KECIL: SMK Syeikh Abdul Ghani telah dibelenggu masalah histeria sejak dua bulan lalu sehingga menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terjejas. BIDOR – Kelibat yang didakwa hantu serta kanak-kanak berkepala besar dikatakan punca sekumpulan 40 pelajar perempuan Sekolah [...]

Wanita bukan Islam mohon jadi peguam syarie

Posted: 14 May 2010 03:38 PM PDT

VICTORIA KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang bukan beragama Islam semalam memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan. Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah mahkamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam [...]

Pelanggan kempunan minuman ‘O’

Posted: 14 May 2010 03:36 PM PDT

BEKAS gula kosong di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu ketika tinjauan semalam. KUALA TERENGGANU – Orang ramai khususnya pengguna di sini kini berdepan kesukaran untuk merasai kenikmatan minuman ‘O’ di restoran-restoran atau gerai makan. Semuanya bermula sejak dua hari lalu apabila bekalan gula di negeri ini berada pada paras kritikal sehingga memaksa peniaga menyediakan minuman [...]

Ekspedisi ke tanah suci berlepas

Posted: 14 May 2010 03:35 PM PDT

ABDUL RAUF (kanan) melepaskan peserta Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 di Hentian Rehat dan Rawat, Sungai Buloh semalam. KUALA LUMPUR – “Doakan kami selamat pergi dan pulang serta berjaya dalam misi ini.” Itu harapan 15 peserta Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 kepada seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kejayaan mereka menjelajah dunia untuk menunaikan [...]

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan