Johor Search

Custom Search

Followers

12 December 2009

Di Sebalik Nama: Kartunis arkitek Amir Astar







Watak tomboy popularkan Amir

WATAK remaja tomboy, Shah-Shahwati cukup dikenali pembaca setia majalah humor, Gila-Gila. Kisah dan gelagat Shah-Shahwati menempuh zaman remaja menjadi tarikan kepada pembaca majalah itu terutama golongan remaja.

Karakter Shah-Shahwati adalah antara sentuhan hebat kartunis popular, Amir Astar. Personaliti Di Sebalik Nama minggu ini sudah berkecimpung dalam bidang kartun sejak 20 tahun lalu. Apa yang menarik, Amir masih aktif biarpun memiliki kerjaya tetap sebagai arkitek.

Cerita Amir, beliau adalah peminat setia majalah Gila-Gila sejak darjah satu dan tidak pernah ketinggalan mendapatkan naskhah majalah humor itu setiap kali ia diterbitkan.

Kunjungan Amir ke pameran kartun dan sesi bertemu peminat anjuran majalah Gila-Gila menambat hati beliau untuk terjun ke dunia kartunis.

Sejak dari itu, Amir tidak jemu-jemu melukis kartun dan menghantar karyanya ke majalah Gila-Gila. Malangnya, karyanya tidak pernah disiarkan hingga pada suatu hari, beliau mendapat panggilan dari Allahyarham Pak Jab atau Rejabhad yang mahu berjumpanya.





.


"Ketika itu saya berada di tingkatan dua. Pak Jab (Rejabhad) mempelawa saya untuk berkarya bagi majalah terbitan Creative.

"Apabila menerima peluang itu, saya teruja dan terus bersetuju. Sejak itu, saya sering menghantar karya dan kerap tersiar di ruangan kecil dalam Gila-Gila," katanya yang 'bercuti' sementara daripada berkarya untuk menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selepas tamat tingkatan lima, Amir kembali aktif dan menghantar karyanya ke beberapa majalah lain seperti Gelihati, Gelagat dan Humor.

Oleh Diyanah Anuar - Berita Harian
http://www.kartun-amirastar.blogspot.com/

Architectural Design - http://www.planlulus.com/

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan