Johor Search

Custom Search

Followers

06 November 2009

Petikan Daripada 1Malaysia.com

 
Halim: 1 bahasa 1 bangsa
 
Bahasa merupakan asas utama kepada perpaduan. Samada suka atau tidak, bahasa melayu mesti digunakan oleh semua kaum. Dato seri mesti menjadi teladan kepada penggunaan bahasa melayu,tetapi ini tidak terjadi. Sebagai perdana menteri, Dato seri mesti sentiasa berbahasa melayu kecuali melibatkan hal urusan antarabangsa.

Berdasarkan statistik di berita TV3 (sebagai contoh), Dato Seri lebih berbahasa inggeris berbanding bahasa melayu, sedangkan Dato seri Ong (Mca) ataupun Dr Koh (gerakan) lebih berbahasa melayu,ini sungguh memalukan. Contoh yang lain, semasa perhimpunan Gerakan baru ini,apakah asas untuk Dato seri berbahasa inggeris? Adakah Gerakan parti kaum inggeris, kaum cina atau sebagainya? Kenapa bahasa inggeris menjadi bahasa perantaraan Dato Seri?

Kalau Dato Seri berbahasa Mandarin di perhimpunan MCA ataupun berbahasa Tamil di perhimpunan MIC, kami boleh terima. Tetapi kenapa berbahasa inggeris,kenapa tidak berbahasa melayu?

Kami memerhati!
 

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..

Blog Pilihan