14 September 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Cabai Burung atau Cabai Melaka

Posted: 13 Sep 2011 11:19 AM PDT

By Idris Ismail Talu









Gambar-gambar cabai burung atau cabai melaka ini penulis ambil dari kebun di belakang rumah adik penulis di Jelebu, Negeri Sembilan.

Burung Di Lembah Kinta

Posted: 13 Sep 2011 09:32 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Burung berehat di puncak pohon.


Ada yang terbang santai.

Banyak yang berehat atau menempah tempat untuk bermalam.

Perdana Menteri lancar Universiti Perdana

Posted: 13 Sep 2011 07:31 AM PDT


SERDANG 12 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Universiti Perdana dan mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua-dua sekolah perubatan universiti itu.

Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI), kata Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini diumumkan sebagai Canselor pertama universiti itu.

Dalam ucapannya, Najib menyifatkan pembukaan universiti itu di sini sebagai langkah yang dapat meletakkan Malaysia dalam peta dunia bagi menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

"Saya berharap bahawa dalam usahanya mencapai tahap bertaraf dunia itu, universiti ini akan berusaha menjalin hubungan dengan institusi tempatan dan bakat-bakat tempatan," katanya.

Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi di sini sementara menunggu kampus tetapnya siap pada 2013.

PUGSOM menawarkan buat pertama kalinya di Malaysia, program kemasukan mahasiswa selama empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat, dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins.

Sekolah Perubatan PU-RCSI pula menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional, dengan kerjasama Royal College of Surgeons di Ireland.

Najib berkata, universiti baru itu, yang disifatkannya sebagai hasil satu kerjasama berpandangan jauh antara konsep perkongsian awam-swasta kerajaan dan sektor korporat, merupakan satu mercu tanda buat Malaysia.

"Secara peribadi, saya amat teruja dan begitu yakin ianya akan memberikan hasil yang amat besar dalam mendidik dan memajukan satu generasi baru profesional perubatan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan kepakaran bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di seluruh dunia," katanya.

Perdana Menteri berkata, Universiti Perdana akan menjadi institusi yang menakjubkan, dengan mempunyai dua sekolah perubatan, dan merupakan hospital latihan swasta pertama di Malaysia.

Ia mempunyai 600 katil pelbagai fungsi khas dan sebuah Pusat Penyelidikan Sains Kehidupan bagi meletakkan Malaysia ke hadapan dalam penyelidikan klinikal, katanya.

Najib berkata, Hospital Latihan Universiti Perdana dicadangkan dibuka pada 2013 bagi menempatkan penuntutnya yang memasuki tahun-tahun klinikal mereka, dan ia akan dikendalikan oleh Johns Hopkins Medicine International.

"Dengan menawarkan kemudahan terkini bagi tujuan diagnostik dan rawatan, ia akan menjadi antara institusi utama dalam memacu Malaysia ke arah pelancongan kesihatan, sebagai satu model perubatan persendirian dalam era abad ke-21 dan satu simbol antarabangsa bagi kecemerlangan dalam perkhidmatan kesihatan," kata Perdana Menteri.

Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti Perdana, Tan Sri Dr. Mohan Swami berkata, separuh daripada penuntut universiti itu adalah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam. – BERNAMA

Source: Utusan Malaysia Online.

Mydin aktifkan Terminal Makanan Negara

Posted: 13 Sep 2011 07:27 AM PDT

13/09/2011 5:48pm

IPOH 13 Sept. - Terminal Makanan Negara (Teman) yang beroperasi "malap" sejak dibuka dua tahun lepas, bakal mendapat nafas baru ekoran langkah Mydin Mohamed Holdings Bhd (MMHB) membuka hypermarket Mydin tahun depan.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Paduka Badruddin Amiruldin berkata, hypermarket itu dijangka mula beroperasi Januari depan.

Beliau berkata, Mydin yang akan menjadi penyewa utama di Teman yang terletak di Simpang Pulai kira-kira 15 kilometer dari sini dan ia diharap akan menarik kunjungan orang ramai.

"Selain pasar raya, Mydin juga akan menjadi sebuah pusat sehenti yang akan membeli hasil-hasil pertanian tempatan dalam lingkungan 100 kilometer untuk dipasarkan di kesemua 90 cawangan pasar raya dan kedai-kedai Mydin seluruh negara.

Jadi kita minta semua petani dan peladang dalam jarak ini menggunakan peluang ini untuk memasarkan hasil-hasil dari kebun dan ladang mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

5,000 pelancong disasar kunjung ‘Jom Pi Homestay Kedah’

Posted: 13 Sep 2011 07:18 AM PDT

13/09/2011 12:12pm

LANGKAWI 13 Sept. - Lebih 5,000 pelancong dalam dan luar negara disasarkan mengunjungi Karnival Jom Pi Cuti-Cuti Homestay Kedah 2011 selama tiga hari di Kampung Wang Tok Rendong di sini mulai Jumaat ini.

Pengerusi karnival itu, Mokhtar Shabuddin berkata, mereka terdiri daripada pengusaha pelancong, pengunjung dan penduduk tempatan.

"Karnival tiga hari itu akan disertai lebih 500 pengusaha homestay dari seluruh negara," katanya di sini hari ini.

Mokhtar berkata, pelbagai aktiviti seperti pameran, pakej homestay, demonstrasi masakan negeri-negeri dan persembahan kebudayaan akan diadakan.

"Karnival ini diadakan untuk mempromosi homestay di seluruh negara serta memperkenalkan pakej-pakej baru," katanya.

Sebanyak 12 gerai akan disediakan untuk negeri-negeri mengambil bahagian. Mokhtar berharap agensi dan pengusaha pelancongan akan membawa lebih ramai pelancong yang menginap di hotel-hotel ke karnival itu yang julung kali diadakan.

Bagi Langkawi, sebanyak enam homestay akan mengambil bahagian. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Orang utan: Australia tidak layak ajar Malaysia

Posted: 13 Sep 2011 07:15 AM PDT

Foto: Sabah Tourism Board
http://www.sabah.gov.my/


PUTRAJAYA 12 Sept. - Ahli politik Australia tidak layak untuk mengajar Malaysia mengenai cara pemeliharaan orang utan pada ketika mereka membiarkan haiwan primat itu menggigil kesejukan di zoo.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, dakwaan pihak tertentu dari Australia bahawa Malaysia mengorbankan habitat orang utan demi menanam kelapa sawit juga tidak berasas sama sekali.

Foto: Sabah Tourism Board
http://www.sabah.gov.my/


''Malaysia telah menyatakan komitmen kepada dunia untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus tanah akan terus diliputi hutan, kita masih mengekalkan komitmen ini.

''Mereka dari Australia tidak mempunyai kedudukan moral yang lebih tinggi untuk mengajar kita kerana saya sendiri melihat orang utan menggigil di zoo negara itu semasa musim sejuk, mereka gagal menjaga orang utan di negara sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai usaha pihak tertentu khususnya pembangkang Australia yang mahu meletakkan label penggunaan minyak sawit pada produk makanan.

Senat negara itu meluluskan perkara tersebut pada Jun lalu dan rang undang-undang berkenaan kini di bawah penelitian satu jawatankuasa sebelum didebatkan di Dewan Rakyat Australia.

Berikutan itu, Dompok berkata, wakil Malaysia telah menyertai inkuiri awam mengenai rang undang-undang tersebut yang diadakan di Parlimen Australia.

''Malaysia menyatakan pendirian bahawa rang undang-undang ini merupakan satu halangan bukan tarif yang menjejaskan peluang pasaran Malaysia dan bersifat diskriminasi.

''Kami turut menjelaskan bahawa dakwaan berlaku pembasmian hutan seluas 300 buah padang bola setiap jam untuk tanam kelapa sawit dan kematian 50 ekor orang utan setiap minggu sebagai tidak berasas," katanya.

Dompok berkata, Malaysia bagaimanapun menghargai sokongan kerajaan Australia termasuk Menteri Perdagangan Australia, Dr. Craig Emerson yang tidak menyokong rang undang-undang tersebut.

''Malaysia akan terus memantau perkembangan isu ini dan kita akan menyampaikan maklumat mengenai kemampanan pembangunan minyak sawit Malaysia.

''Walaupun Australia bukan pasaran yang besar untuk minyak sawit Malaysia jika dibandingkan dengan China dan Eropah namun kelulusan rang undang-undang ini akan menjelaskan pandangan dunia terhadap produk sawit Malaysia," katanya.

Source: Utusan Malaysia Online.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..