08 September 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Bertamu Di Desa Pinggiran Putra

Posted: 07 Sep 2011 08:59 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Setelah selesai majlis bacaan doa selamat di rumah adik penulis di Jelebu, keesokan harinya kami pun bertolak balik ke Ipoh.

Jalan ke Desa Pinggiran Putra.

Dalam perjalanan balik, kami singgah di rumah Asiah & Irwan (anak & menantu adik penulis) di Desa Pinggiran Putra. Kami menikmati makan tengahari istimewa di rumah Asiah & Irwan. Terima kasih Asiah & Irwan - masak macam ini, paklong dengan maklong kena datang selalulah.

Setelah kekenyangan, kami bertandang ke rumah Haji Abd Jalil (biras adik penulis) di kawasan berdekatan juga.

Rumah Haji Abd Jalil di Desa Pinggiran Putra.

Di rumah Haji Abd Jalil, isterinya (ipar adik penulis) telah menyediakan masakan mee kari istimewa pula. Lepas makan semua tersandar kekenyangan. Terima kasih juga kepada Haji Abd Jalil dan isterinya yang memberikan layanan istimewa kepada kami dari Ipoh.

Selepas makan kami bergambar beramai-ramai. Di rumah Asiah & Irwan tadi lupa nak mengambil gambar. Kamera pun tertinggal, bersusah payah Asiah & Irwan menghantarnya.

Kaum keluarga belaka.

Tuan rumah bersama kakak dan anak saudaranya.

Penulis dan isteri di rumah Haji Abd Jalil & Hajjah Angah.

Di sisi rumah Haji Abd Jalil.


Akhir sekali terima kasih kepada Asiah & Irwan yang menghantar paklong & maklong sampai ke highway untuk pulang ke Ipoh.

Majlis Bacaan Doa Selamat Di Jelebu

Posted: 07 Sep 2011 08:22 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Majlis bacaan doa selamat ini diadakan oleh adik penulis sebagai usaha memohon kepada Illahi supaya perjalanan pemergian anak bungsunya mengikuti pengajian di bidang perubatan di United Kingdom dalam keadaan selamat dan dalam perlindungan Allah.

Doa juga dipohonkan agar sepanjang tempoh pembelajaran anaknya di sana, proses pembelajarannya mendapat barakah dan dipermudahkan Allah.

Kaum keluarga berkumpul bersama-sama.

Antara tetamu yang datang.

Kaum keluarga.

Bacaan doa selamat dimulakan.





Selesai bacaan doa, jamuan makan dimulakan.



Kaum keluarga serta jiran-jiran memeriahkan majlis.

Tetamu menikmati jamuan makan tengahari.

Tuan rumah biasanya makan di akhir waktu.

Persediaan Majlis Doa Selamat Di Jelebu

Posted: 07 Sep 2011 08:02 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Kerja-kerja menyediakan masakan untuk majlis bacaan doa selamat untuk perjalanan anak bungsu adik penulis yang bakal melanjutkan pelajarannya di bidang perubatan di United Kingdom tidak lama lagi. Majlis doa selamat dilangsungkan di rumah adik penulis di Jelebu, Negeri Sembilan.


Sambil memasak sambil berbual, penulis, adik penulis dan jirannya.

Sambal cili padi - menu utama.

Sambil memasak, berkudapan juga.

Gulai kambing yang sudah siap dimasak.

Irwan siap untuk menggoreng ayam.

Labu masak lemak putih.

Persediaan lauk-pauknya.

Cucu-cucu pun turut membantu.

Kesibukan di dapur - jiran-jiran turut membantu.


No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..