01 September 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Ibu Penulis Berpulang ke Rahmatullah

Posted: 31 Aug 2011 11:12 AM PDT

Hajjah Salbidah (ibu penulis blog ini)

Dukacita dimaklumkan, ibu saya yang tercinta – Hajjah Salbidah binti Kerun, telah dijemput Allah kembali ke pangkuanNya. Allahyarham ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Selasa, 01 Syawal 1432 Hijriah bersamaan 30 Ogos 2011 setelah uzur tua agak sekian lama.

Allahyarham meninggal dunia di rumah adik penulis, Puan Asiah binti Ismail di kampong Gua Badak, Lenggong.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di masjid Kampung Gua Badak sekitar jam 6.00 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut juga.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas ruh Allahyarham dan menempatkan ruhnya bersama ruh-ruh orang yang beriman.

Al Fatehah untuk Allahyarham.

Idris Talu.

No comments:

Post a Comment

Informasi Anda..