IdrisTalu |
Posted: 22 Aug 2011 12:40 PM PDT |
Pasar Ramadhan Batu Gajah - Bahagian Kedua Posted: 22 Aug 2011 06:59 AM PDT By Idris Ismail Talu. Kita jalan-jalan lagi di Pasar Ramadhan Batu Gajah, lihat apa yang boleh kita dapat pelajari dan jadikan teladan dari suasana yang hanya wujud dalam bulan Ramadhan ini. Pasar Ramadhan wujud kerana pelbagai alasan, pertama kerana ramai kaum hawa yang berkhidmat baik di bidang awam mahu pun swasta, biasanya tidak sempat hendak menyediakan juadah untuk berbuka. Kedua, dengan membeli, kita dapat menikmati pelbagai jenis juadah yang tidak dapat kita temui di luar bulan Ramadhan. Pintu masuk ke Pasar Ramadhan Batu Gaja. Khemah tempat berjual didirikan oleh Majlis Daerah Batu Gajah. Tempat menjual ayam panggang - pasti berasap, tetapi para penjualnya tetap ceria dengan jualan yang meriah. RM4 sahaja Yob. Antara peniaga yang tak menang tangan, yob dan yong ini sebok dengan kuih putu bambu dan putu piringnya yang amat diminati ramai. Alhamdulillah - rezeki anak-anak dalam bulan Ramadhan. |
You are subscribed to email updates from IdrisTalu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Informasi Anda..