30 April 2019

Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Perkhidmatan Telco Redone

Ini adalah satu daripada luahan rasa ketidak puasan hati pelanggan Telco Redone daripada beribu-ribu pengguna.

Redone pekej RM8 memanglah sangat murah untuk rakyat marhaen yang inginkan penjimatan yang bagus pada asalnya.

Pakej RM8 yang saya guna adalah untuk pakej Data 1 GB
Nombor yang saya dapat adalah nombor yang cantik untuk digunakan.

Nombor hp ini hanya digunakan untuk 'emergency' sahaja. kadang-kadang sahaja saya gunakan samada untuk data atau membuat panggilan.

Saya mempunyai 4 nombor Redone dalam 1 akaun dan 1 nombor ini dalam 1 akaun yang lain.

Saya menerima email pada 1 april 2019 dan mempunyai bil yang terlebih bayaran iaitu  -rm44.51
(negatif) punyalah baik sangat sebab saya terlebih bayar. 

Awas jika anda telebih guna internet anda akan dicaj 'pay per used' menjadikan bil anda melambung tinggi sehingga melebihi satu ratus..

Johor Today

1 comment:

  1. Penyelesaian masalah telah diatasi. Setelah bertarung antara hidup dan mati.. huhu
    Terima kasih RedOne

    ReplyDelete

Informasi Anda..