13 April 2012

Lapuran kemalangan proton saga JFM 2580

Lokasi : Jalan Panglima
tarikh: 13.04.2012
masa: 12.05 tengahari
ketika kami memandu di jalan tiba-tiba sebuah kenderaan bernombor JFM 2580 keluar dan melanggar sisi kiri hadapan kenderaan saya. kenderaan tersebut tidak memberi tanda syarat untuk keluar daripada kedudukan letak kereta statik di bahu jalan.
Impak perlanggaran:
badan kereta dibahagian atas tayar hadapan proton saga tersebut kemik.
Kereta yang dipandu saya mengalami calar dan skirting hadapan kiri jatuh sedikit.
Mereka beriya-iya mengatakan mereka tidak bersalah. Oleh kerana malas nak bertekak maka saya mahukan perbincangan dilakukan kemudian memandangkan mereka merupakan warga emas dan masa yang sibuk ketika itu. Saya memberikan kad nama saya utk dihubung nanti.

3 comments:

  1. Petang tadi dapat panggilan telefon. Tuan kereta JFM 2580 tadi sudah buat pertanyaan harga membaiki kerosakan di sebuah bengkel di Johor Bahru.. sungguh terkejut saya kerana beliau kata kos membaiki kenderaan adalah berjumlah RM500. Saya meminta beliau tidak membaiki sendiri di bengkel yang dipilihnya. Saya rasa sungguh tidak wajar dan tidak kena dengan kos tersebut. Pelanggaran yang kecil sahaja! Tunggu lapuran selanjutnya esok pagi..

    ReplyDelete
  2. bila kena insiden sebegini mmg dlm dilema dbuatnya..nak claim insurance ciput sgtnya..sebaik2nya, settle tepi shj...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... dah selesai dengan cara baik dan yang bersalah telah faham kesalahan yang dilakukan. RM terbang jua..

    ReplyDelete

Informasi Anda..