Johor Search

Custom Search

Followers

13 August 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Beribadat di Masjidil Haram

Posted: 12 Aug 2011 09:36 PM PDT


Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN
(Yang meliputi Jemputan Umrah Astro Oasis tajaan Tabung Haji Travel Sdn. Bhd., baru-baru ini)
12/08/2011

ANTARA nikmat yang paling besar bagi umat Islam adalah peluang atau kesempatan berada pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Ia juga digelar Syahrul Quran kerana di dalamnya diturunkan al-Quran pada 17 Ramadan.

Tiada lafaz yang lebih bermakna selain alhamdulillah sebagai tanda bersyukur yang amat sangat ke hadrat ilahi yang memanjangkan usia kita sehingga dapat sekali lagi bertemu bulan Ramadan.

Antara perkara sunat yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia pada Ramadan adalah mengerjakan umrah. Manakan tidak, ganjaran pahala yang begitu besar menjadi tarikan kepada mereka yang berkemampuan.

Ia sebagai mana sabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji. (riwayat Bukhari)

Justeru, tidak hairan saban tahun bilangan umat Islam di Malaysia yang menunaikan umrah pada bulan puasa semakin bertambah, biar pun kos perbelanjaan umrah dalam Ramadan lebih tinggi berbanding bulan-bulan lain.

Di Masjidil Haram, kedatangan Ramadan disambut begitu meriah. Bagaikan pesta ibadat di mana setiap ruang dan inci masjid sentiasa dipenuhi mereka yang beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT.

Masyarakat Arab begitu menunggu-nunggu ketibaan Ramadan. Ini dibuktikan apabila Masjidil Haram padat dan sendat pada setiap kali solat fardu.

Ini satu fenomena positif bagi umat Islam Malaysia yang berada di Mekah pada Ramadan. Sebabnya, kita juga terpengaruh dengan budaya masyarakat Arab yang datang awal ke masjid dan kemudian beriktikaf sementara menunggu masuknya waktu solat.

Umumnya, untuk mendapat tempat yang selesa dalam ruang masjid, seseorang perlu bergerak ke sana sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu solat fardu.

Untuk solat Jumaat pula, kita perlu berada di Masjidil Haram sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu solat pada pukul 12.30 tengah hari. Namun, tiada yang merungut.

Bagi yang datang lewat, mereka reda 'dibakar' matahari sementara menunggu waktu solat. Sebabnya terpaksa berada di tingkat paling atas yang berbumbungkan langit atau berada di dataran putih.

Jika ingin melihat orang 'bertengkar' mendapatkan ruang dalam saf, inilah masanya. Semuanya kerana mereka menyedari ganjaran besar yang menanti bagi mereka yang solat di Masjidil Haram iaitu 100,000 berbanding di masjid lain.

Sebab itu, mereka yang terlewat akan cuba menyelit di ruang-ruang yang sempit. Asalkan 'celus' kepala untuk sujud sudah memadai. Di sini, teruji kesabaran para jemaah. Sama ada mahu memberi laluan atau ruang kepada saudara yang lewat datang atau berkeras 'mempertahankan ruang' yang ada.

Dalam keadaan sulit begitu, berkat doa, selalunya ada sahaja individu yang menawarkan tempat untuk solat. Demikianlah antara keajaiban dan kuasa Allah yang sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.

Tugas paling sukar adalah di kalangan anggota polis yang berada di sekeliling Masjidil Haram. Mereka perlu memastikan tiada laluan masuk ke masjid yang terhalang oleh para jemaah.

Namun, hal itu keadaan itu hanya boleh bertahan sebelum iqamat. Sejurus iqamat, hampir semua ruang dalam masjid dipenuhi jemaah daripada pelbagai pelosok dunia.

Selesai solat fardu, biasanya disusuli solat jenazah. Ini antara peluang menambah saham akhirat kerana sudahlah pahalanya 100,000, ia ditunaikan dalam bulan Ramadan.

Dalam hadis disebut bahawa pahala ibadat sunat diberi ganjaran ibadat fardu manakala ibadat fardu pula digandakan 70 kali. Demikian hebatnya bonus yang dijanjikan Allah kepada kita pada Ramadan.

Disebabkan ganjaran itu juga, ramai kalangan jemaah yang beriktikaf hampir setiap hari di masjid. Selepas solat fardu, mereka solat sunat diikuti dengan membaca al-Quran.

Selepas itu, mereka tidur sebentar. Bangun tidur, terus sambung membaca al-Quran dan solat sunat yang lain. Demikianlah rutin bagi 'para penghuni' Masjidil Haram sepanjang Ramadan.

Barangkali budaya tidur sekejap ini yang perlu dipraktikkan di negara kita. Hendaknya jangan pula pihak Ahli Jawatankuasa Masjid marah-marah atau 'mengusir' orang yang mahu tidur dan iktikaf.

Cuma individu yang mahu tidur itu pula perlu menjaga adab-adab dalam rumah Allah. Bak kata orang, janganlah pula sampai meleleh air liur basi di sejadah atau karpet masjid.

Sementara sebahagian besar umat Islam bertarawih, tidak kurang juga mereka yang bertawaf di Baitullah mengerjakan umrah.

Yang jelas, Kaabah tidak pernah sunyi daripada laungan talbiah labbaikallah humma labbaik....

Demikianlah hebatnya pesta ibadat di Masjidil Haram. Keadaannya persis tiada yang terlibat dalam perkara lagha seperti menonton program-program hiburan di televisyen.

Source: Utusan Malaysia Online.

Pesuruhjaya Tinggi Britain Ke Malaysia Lawat Asyraf Di London

Posted: 12 Aug 2011 10:00 AM PDT

12 Ogos, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone Khamis melawat Mohamed Asyraf Haziq Rossli, pelajar Malaysia yang diserang dan dirompak semasa berlaku rusuhan di London baru-baru ini.

Featherstone, yang ketika ini sedang bercuti di United Kingdom (UK), melawat Asyraf selepas pelajar berusia 20 tahun itu dibenarkan keluar dari Royal London Hospital.

Selepas kunjungan itu, beliau menyifatkan Asyraf sebagai 'seorang anak muda yang mengagumkan dan duta yang baik bagi Malaysia'.

"Keazaman beliau untuk meneruskan pengajian meskipun dilanda insiden ini harus dipuji. Saya mendoakan beliau cepat sembuh agar beliau dapat menyambung semula pengajiannya di UK," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di sini.

Kenyataan itu turut menyebut pegawai kanan di Pejabat Hal Ehwal Luar dan Komanwel turut mengadakan hubungan yang kerap dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Isnin lepas, Asyraf, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, patah gigi serta cedera di rahang setelah beliau diserang dan disamun oleh perusuh.

Video memaparkan Asyraf yang terduduk dengan mulutnya berdarah, dibantu oleh seorang lelaki untuk bangun manakala beberapa lagi lelaki mengambil kesempatan menyelongkar begnya, telah mencetuskan ledakan kemarahan.

Sementara itu, pemangku Pesuruhjaya Tinggi Ray Kyles, bertemu ibu bapa Asyraf, Rossli Harun dan Maznah Abu Mansoor, di Kuala Lumpur pada Khamis.

Kenyataan itu menyebut Kyles merakamkan simpati beliau kepada mereka dan memberi jaminan kepada pasangan itu bahawa anak lelaki mereka akan mendapat 'rawatan perubatan yang sangat baik di UK'.

"Saya menyambut baik berita penahanan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan insiden ini. Saya yakin polis UK akan bekerja keras untuk membawa pelaku jenayah ini ke muka pengadilan," katanya.

Source: -- BERNAMA

Gambar-gambar Asyraf Haziq Rosli di London:




Source: internet.

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Hilang ikut teman lelaki

Posted: 12 Aug 2011 08:19 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Misteri kehilangan gadis berusia 17 tahun sejak seminggu lalu akhirnya terjawab selepas mangsa ditemui dalam keadaan bingung di satu lokasi kira-kira 400 kilometer [...]

Tempah rojak sebelum samun

Posted: 12 Aug 2011 08:12 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Sekumpulan lelaki menggunakan taktik mahu membuat tempahan rojak sebelum mengikat dan menyamun satu keluarga di Taman Puchong Utama, di sini, malam kelmarin. Dalam [...]

Bapa subahat anak bawa balik teman wanita

Posted: 12 Aug 2011 07:57 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Tindakan duda membawa teman wanitanya pulang ke rumah hampir setiap malam akhirnya membawa padah apabila dia dan pasangannya dicekup berkhalwat di rumah di [...]

Along jerat peminjam sempena Aidilfitri

Posted: 12 Aug 2011 04:05 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Golongan ceti haram atau along dikesan mengambil kesempatan memerangkap umat Islam yang kini sibuk membuat persiapan Aidilfitri dengan menawarkan pelbagai pakej pinjaman khas [...]

Buaya kejut sahur

Posted: 12 Aug 2011 03:56 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Bunyi bising ayam dalam sangkar ketika waktu sahur mengejutkan seorang penduduk Kampung Tanjung di tebing Sungai Sarawak, di sini apabila pemeriksaannya membawa kepada [...]

12 August 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Pelajar Malaysia di London cerita saat cemas jadi mangsa keganasan London

Posted: 11 Aug 2011 06:13 AM PDT

Oleh Zaharah Othman

2011/08/11



LONDON: "Ini kejadian paling mencemaskan dalam hidup saya dan berlaku pantas. Saya menaiki basikal tiba-tiba dikerumuni 20 lelaki berpisau yang mahu merampas basikal. Mereka kemudian menyeluk poket seluar dan mengambil telefon bimbit.

"Mereka menumbuk di dagu dan rahang hingga berdarah. Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu dan apabila tersedar, saya terduduk di kaki lima dengan mulut berdarah," kata Asyraf Haziq Rosli, 20, yang terlantar di Royal London Hospital di sini, sementara menunggu pembedahan bagi membetulkan rahang bawahnya yang pecah dan tulang pipinya yang patah.

Pelajar tahun satu bidang perakaunan di Kolej Kaplan, di sini itu diserang ketika berbasikal bersama rakannya, Sheikh Muhammad Faris Jamil Azhar, 20, di Barking, timur London iaitu satu daripada tempat berlaku kekacauan untuk berbuka puasa Isnin lalu.


Asyraf Haziq berkata, penyerangnya tidak menyedari kejadian dirakamkan individu dari bangunan berdekatan dan klip video satu minit 14 saat dimuatkan dalam YouTube serta diguna stesen penyiaran di sini termasuk BBC dan Sky TV.

Beliau berkata, selepas diserang, beberapa lelaki seolah-olah cuba membantunya tetapi mencuri barangan dalam beg sandang.
Asyraf Haziq berkata, beliau enggan memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya bagi mengelak mereka bimbang.

Sementara itu, 11 pelajar dipindahkan dari Barking dan Mile End. Dzuhair juga memindahkan dua pelajar wanita di Peckham ke asrama MARA di Bayswater.

Zakaria berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, MARA dan Jabatan Pelajar Malaysia sentiasa memantau keadaan dan mengeluarkan arahan apabila perlu, memandangkan rusuhan merebak cepat.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Video berkaitan:

Video ihsan Youtube.



News @ Feryco

News @ Feryco


Gandakan usaha hidupkan Ramadhan

Posted: 11 Aug 2011 03:50 AM PDT

MARHABAN ya Ramadan – Selamat datang Ramadan diucapkan untuk bulan yang suci serta mengharapkan agar jiwa raga kita serta keluarga dan anak-anak dan umat Muslim seluruhnya diasah dan diasuh bagi melanjutkan perjalanan menuju Allah SWT. Kita perlu mempersiapkan bekal bagi tujuan menyelusuri jalan itu.

Tahukah saudara apakah bekal itu? Benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa keluarga Muslim seluruhnya. Tekad kita yang membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama, bangsa dan negara.

Sebagai keluarga Muslim kita seharusnya gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan dan menghadapi dengan dada yang sangat lega; dengan jiwa yang tenang, dengan hati yang tenteram. Bagi orang Islam yang beriman mereka menerima kehadiran bulan yang barakah ini dengan penuh kegembiraan. Ini kerana pengembaraan Ramadan yang begitu lama sudah kembali semula menemui kita.

Sesungguhnya Allah mewajibkan puasa adalah untuk membersihkan jiwa dari sifat-sifat yang hina dan menghiasinya dengan sifat-sifat yang mulia serta menjauhkannya daripada setiap sifat yang tercela. Kita dianjurkan banyak bersabar dan berjihad melawan hawa nafsu. Dengan puasa juga iman seseorang Muslim akan bertambah kuat dan bersih.

Ramadan menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran untuk keluarga Muslim yang beriman. Sebab itu juga bulan ini dikenali sebagai bulan ibadah. Iaitu bulan di mana orang-orang yang beriman berebut-rebut mengerjakan amalan soleh.

Orang-orang yang beriman sahaja yang tahu menghargai Ramadan. Sebab itu mereka mempertingkatkan amalan baik seperti bersedekah, terawih, qiamullail, membaca al-Quran, berzikir dan bermacam-macam amalan baik yang lain pada bulan yang mulia.

Banyak kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadan dibandingkan dengan bulan-bulan lain dalam Islam. Kitab suci al-Quran yang menjadi panduan hidup kita diturunkan di dalam bulan mulia ini. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang berbunyi: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. (al-Qadr: 1)

Umat Islam harus menghayati keagungan bulan Ramadan ini. Bulan di mana Allah telah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Ini adalah bulan kembali dan taubat, bulan pengampunan dan rahmat, bulan kebebasan dari api neraka dan kemenangan berupa syurga.

Menghadapi bulan Ramadan memerlukan persiapan mental dan spiritual khususnya dari segi semangat dan ketahanan. Ini sangat penting untuk mendapatkan hasil yang maksimum daripada kegiatan puasa itu.

Ada sesetengah orang bersiap sedia dari segi mental tetapi tidak mempunyai nawaitu (niat). Manakala sesetengahnya sempurna dari segi niat tetapi tidak pula mempunyai semangat dan ketahanan dalam menghadapi puasa di bulan Ramadan.

Kurang daripada segi penghayatan atau pendidikan Ramadan barangkali menjadikan sesetengah orang tidak bersemangat. Kalau bersemangat pun tidak tahan lama, bersifat sementara dan 'hangat-hangat tahi ayam'.

Sebab itu, orang yang berpuasa tanpa persiapan mental dianggap sia-sia seperti sabda Nabi yang bermaksud: "Betapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapatkan sesuatu dari puasa itu selain lapar dan dahaga."

Dalam setahun di mana terdapat 12 bulan hanya ada satu bulan Ramadan. Ia tidak sampai 10 peratus. Tetapi dengan melihat nilai kualitatif dan kepadatan ibadah yang ada di dalamnya, maka bulan Ramadan menjadi sangat signifikan jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan sebelas bulan lainnya. Justeru, alangkah naifnya kalau kita menghadapinya secara biasa-biasa sahaja, lesu dan tidak bersemangat.

Mari kita persiapkan diri serta keluarga dan bersiap sedialah lebih awal untuk ke masjid. Jangan ambil mudah dengan mengatakan bahawa solat berjemaah dan solat terawih hukumnya cuma sunat.

Demikian juga solat Subuh, usahakan untuk bersedia sebelum waktu Imsak, pastikan semua urusan dapur sudah selesai. Lebih penting segala-galanya perlu siap sebelum azan dan kita sudah berada di masjid. Anda sudah tentu tidak kehilangan kesempatan untuk solat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib – yang nilainya lebih mulia daripada dunia berserta isinya.

Puasa juga mendidik kita untuk belajar bangun awal. Sesetengah daripada kita menganggap kerana hukumnya sunat maka sahur ditinggalkan. Kalau kita sudah biasakan diri untuk bangun lebih cepat selama sebulan Ramadan maka ini bererti kita sebenarnya sudah mampu untuk melakukannya di luar bulan Ramadan. Di mana lagi kita dapat miliki peluang seperti itu kalau tidak di bulan Ramadan selama sebulan terus-menerus.

Persiapan kita bukan sekadar menghadapi lapar dan dahaga tetapi bersedia untuk memahami dan menghayati makna-makna falsafah yang terdapat di dalamnya.

Tidak tahan mengantuk juga menjadi masalah besar di kalangan orang kita pada bulan Ramadan. Memang ada hadis yang menyatakan bahawa tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah. Tetapi itu bukan perintah untuk memperbanyakkan tidur di bulan Ramadan. Tidak ada contoh daripada Nabi, sahabat dan orang-orang soleh mengenai hal ini. Malah Nabi mengurangi tidurnya pada malam-malam bulan Ramadan hingga batas yang paling minimum. Mereka banyak membaca al-Quran, zikir dan sembahyang.

Sepintas lalu amalan-amalan seperti ini amat berat tetapi ia bukan terletak pada sesuatu amalan melainkan pada cara kita memikirkan amalan itu. Kalau kita memikirkan sesuatu itu berat maka ia dengan sendirinya menjadi berat, tetapi kalau kita memikirkannya mudah maka dengan sendirinya ia akan mudah.

Di samping persiapan dari segi spiritual, ingatlah Ramadan adalah bulan maghfirah (pengampunan) dan rahmah (kasih sayang). Persiapan dari segi rohani diperlukan untuk membetulkan niat, membersihkan hati, membangun tekad dan bersiap untuk menerima bimbingan serta petunjuk Allah SWT.

Sebaik-baiknya sebelum puasa tiba, sesuaikanlah diri dengan amalan seperti solat wajib kerana sesetengah orang berpuasa tetapi tidak melaksanakan solat. Kemudian hidupkan solat-solat rawatib, sembahyang tahajud, berpuasa setiap Isnin dan Khamis, perbanyakkan sedekah, zikir, baca al-Quran, berdoa, dan hindari dosa-dosa kecil.

Sesungguhnya graf puasa nabi dan sahabat-sahabat meningkat berterusan sejak puasa pertama hingga hari puasa terakhir. Dan graf itu mengalami peningkatan yang amat tajam pada saat-saat akhir bulan Ramadan.

Tetapi bukan sedikit di antara kita yang grafnya terbalik. Semakin menjelang Ramadan, semakin banyak masa dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan sama sekali dengan kesucian bulan Ramadan.

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Maut dihempap pokok kelapa

Posted: 11 Aug 2011 01:44 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Suami saya tidak menunjukkan sikap aneh sebelum meninggal dunia, tetapi dia gemar pakai kasut raya tahun lalu sejak tiga hari lalu apabila pergi [...]

Bertaruh wang sukan futsal adalah haram

Posted: 11 Aug 2011 01:40 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Niat bertaruh futsal, siapa kalah dia bayar adalah haram di sisi agama Islam kerana ia ibarat satu perjudian, kata penceramah bebas, Datuk Hassan [...]

Letak tanda harga atau denda!

Posted: 11 Aug 2011 01:35 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah telah memberi notis kepada peniaga bazar Ramadan kerana tidak mempamerkan tanda harga pada juadah [...]

Perompak curi rakaman CCTV

Posted: 11 Aug 2011 01:29 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Sekumpulan tiga perompak bukan saja mendapat habuan wang tunai RM5,500, malah turut menyembunyikan jejak mereka apabila melarikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis [...]

Kesan tidur yang tidak seimbang

Posted: 11 Aug 2011 01:23 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Bangun tidur kesiangan Jam berapa anda bangun tiap hari? Habis subuh?Berhati-hatilah, bangun tidur yang tidak teratur akan mengakibatkan efek negatif bagi kesehatan. Berikut [...]

11 August 2011

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Kanak kanak mati dikerat berusia 20 bulan

Posted: 10 Aug 2011 07:45 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Kanak-kanak lelaki yang ditemui mati bersama keratan mayat wanita di sebuah pangsapuri di Ampang baru-baru ini, disahkan baru berusia 20 bulan. Ketua Polis [...]

Bazar Ramadhan diserang ribut

Posted: 10 Aug 2011 07:41 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Sebanyak 11 buah gerai bazar Ramadan di Teluk Cempedak di sini kerugian kira-kira RM200,000 akibat dipukul ribut pukul 7.20 malam semalam. Daripada 11 [...]

Hayati erti kemerdekaan

Posted: 10 Aug 2011 07:26 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Walaupun bulan kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada Ramadan, ia bukan alasan untuk masyarakat tidak menghayati erti perjuangan pejuang terdahulu demi mencapai keharmonian [...]

Sepak muka isteri tegur pulang lewat

Posted: 10 Aug 2011 07:22 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Hanya ditegur pulang lewat, seorang suami sanggup menampar, menghantuk kepala, memijak perut dan menyepak muka isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman [...]

Tak mahu terima bantuan gereja lagi

Posted: 10 Aug 2011 07:17 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Saya berjanji tidak akan menerima bantuan gereja lagi dan berharap ia memberi pengajaran kepada semua pihak terutama diri ini yang pernah menunaikan umrah, [...]

10 August 2011

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Bilik tidur dirempuh kereta

Posted: 09 Aug 2011 08:21 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Seorang warga emas tidak menyangka tindakannya ke dapur untuk mendapatkan segelas air telah menyelamatkan nyawanya apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh bilik tidur [...]

Sindiket curi telefon awam ditumpaskan

Posted: 09 Aug 2011 08:06 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Polis Selangor menumpaskan satu sindiket mencuri pondok telefon awam dengan tertangkapnya lima suspek dalam serbuan ke atas sebuah kedai barangan lusuh berlesen di [...]

Didakwa kerana memukul ibu tiri

Posted: 09 Aug 2011 05:58 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Seorang tukang kebun Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan ibu tirinya [...]

Muka budak cedera kerana mercun

Posted: 09 Aug 2011 05:55 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera di muka akibat terkena mercun bola di Taman Teja, Changlun dekat sini Sabtu lepas. Fakhrul Danish [...]

Lima nahas dalam tempoh setengah jam

Posted: 09 Aug 2011 05:52 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Lima kemalangan dalam tempoh satu setengah jam termasuk satu kemalangan maut menyebabkan kesesakan lebih tujuh kilometer selama kira-kira empat jam menghala ke Jambatan [...]

09 August 2011

Berita Harian Online

Berita Harian Online


Taranum Soba

Posted: 08 Aug 2011 04:56 PM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Pada tarawih minggu lepas saya tersentuh mendengar bacaan imam yang membaca dengan taranum lagu soba. Jadi saya buat sedikit carian dan nak share [...]

Khir Toyo diperintah bela diri

Posted: 08 Aug 2011 06:13 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo membela diri terhadap tuduhan salah laku berkaitan pemilikan [...]

Didenda kerana berjudi pada bulan Ramadhan

Posted: 08 Aug 2011 06:10 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Padah tidak menghormati bulan Ramadan, enam sekawan didenda RM2,000 setiap seorang setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistert di sini kerana berjudi. Mereka ialah [...]

Pelanggan Ah Long ditipu RM 170,000

Posted: 08 Aug 2011 06:02 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Gara-gara terlalu teruja untuk mendapatkan duit pinjaman daripada ah long sebanyak RM800,000, seorang ahli perniagaan kini sengsara apabila mengalami kerugian RM170,000. Dalam kejadian [...]

Bapa jual mercun dijel sehari

Posted: 08 Aug 2011 05:37 AM PDT

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook Seorang bapa muda berusia 30 tahun terpaksa menerima hakikat pahit apabila Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,800 ke [...]

08 August 2011

IdrisTalu

IdrisTalu


Juadah Tradisi Changkat Jering

Posted: 07 Aug 2011 12:05 PM PDT

By Idris Ismail Talu

Mencari juadah makanan tradisi di Pekan Sari Changkat Jering memang jarang menghampakan. Pelbagai makanan tradisi boleh dijumpai di situ.


Antaranya ialah bahulu kemboja.

Pulut panggang yang disebut juga sebagai pulut udang.

Dan yang paling digemari ramai ialah lemang.


Berbuka Puasa Dengan Cendol dan Pisang Emas Ranum

Posted: 07 Aug 2011 11:50 AM PDT

By Idris Ismail Talu.

Dengan hawa panas di siang hari, petang tadi tergerak hati membeli cendol untuk pembasah tekak waktu berbuka puasa.

Cendol manis.


Berbuka dengan pisang emas yang telah masak ranum.



http://idristalu.blogspot.com/


Nombor daftar kenderaan “KDA 1” bernilai RM112,200

Posted: 07 Aug 2011 09:38 AM PDT

07/08/2011 2:48pm

ALOR SETAR 7 Ogos – Nombor pendaftaran kenderaan "KDA 1" mencatat sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah sebagai nombor yang paling tinggi dibida iaitu dengan harga RM112,200 oleh individu kenamaan di negeri ini.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, selain "KDA 1", antara nombor pendaftaran lain yang dibida dengan harga yang tinggi ialah "KDA 11" dengan nilai RM18,480; "KDA 212" (RM11,100) dan "KDA 118" (RM1,010).

"Sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan dan ramai yang beratur di kaunter bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

"Jumlah kutipan yang diperoleh oleh JPJ daripada nombor "KDA 1" hingga "KDA 9999" ialah RM762,601.90," katanya selepas merasmikan kaunter online JPJ di Stadium Darul Aman di sini semalam.

Menurutnya, nombor pendaftaran KDA telah habis ditempah dan kini nombor pendaftaran KDB pula dibuka untuk tempahan mulai Rabu ini hingga 17 Ogos. – Utusan

Source: Utusan Malaysia Online

'Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’

Posted: 07 Aug 2011 09:24 AM PDT

Oleh Faiza Zainudin

2011/08/07

Pihak berkuasa agama kurang tegas: Mufti Perak


KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan bukan saja ramai umat Islam memeluk Kristian, malah ada yang memeluk agama Hindu dan agama lain terutama saudara baru seperti India Muslim.

"Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.

"Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Siri Bicara Agung Panggung Dakwah di sini, semalam.

Majlis itu dilancarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.

Harussani berkata, antara strategi diguna gereja mempengaruhi umat Islam termasuk mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib selain mengedar risalah agama ke rumah dan memberi wang kepada pelajar.

"Pernah terjadi sekumpulan pemimpin dari Subang Jaya termasuk bergelar Datuk berjumpa saya untuk memberitahu ada gereja sebarkan agama pada pelajar, beri duit dan bible dan perkara terbabit dilaporkan pada polis, tapi tiada tindakan. Saya juga hubungi pihak berkuasa, tapi jawapannya, kami nak buat macam mana," katanya.
Beliau yang kesal dengan sikap itu, meminta pimpinan tertinggi membanteras aktiviti berkenaan daripada menjadi serius selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Source: Berita Minggu Malaysia Online

Ramadhan bulan ibadat, bukan pesta makanan

Posted: 06 Aug 2011 11:08 PM PDT

2011/07/31

Umat Islam perlu patuh suruhan agama cari keberkatan, perbanyakkan amalan


BERMULA bulan puasa, akan meriahlah suasana dengan bazar menjual pelbagai juadah berbuka. Persoalannya, bagaimana mahu mendapat puasa penuh berkat, memastikan nafsu disekat, terutama mengelak membazir berbelanja berlebihan apabila terpukau melihat semua makanan lazat dijual.

Wartawan Berita Minggu, RASHIQAH ILMI ABD RAHIM dan NADIA HAMID menemubual bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz serta Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Norimah A Karim untuk mendapatkan nasihat.

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz

MUNGKIN rata-rata umat Islam sudah tahu kelebihan berpuasa, namun boleh Datuk perjelaskan lagi dengan lebih terperinci?

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz - Ramadan bulan disediakan Allah begitu banyak pahala untuk direbut umat Islam melalui setiap ibadat sehingga Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud: "Tidur bagi orang yang berpuasa itu adalah ibadat, manakala diamnya adalah bertasbih." Begitulah betapa besarnya kelebihan Ramadan yang mana tidur pun dianggap ibadat.

Pada bulan inilah diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatulqadar di mana malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan dan digandakan pahala amalan pada malam itu. Pada Ramadan jugalah Allah SWT menurunkan petunjuk bagi manusia, iaitu al-Quran. Kita digalak memperbanyakkan serta menggandakan bacaan al-Quran berserta maksudnya pada bulan mulia ini. Syaitan juga tidak dapat menghasut manusia pada Ramadan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca daripada nafsu sendiri.

Pada bulan inilah pintu langit akan dibuka seluas-luasnya bagi memberi peluang kepada umat Islam memohon ampun dan memanjatkan doa, paling penting kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas pada Ramadan kerana berpuasa dapat menghalang manusia daripada kejahatan. Bagaimanapun, amat malang sekali apabila ada sesetengah individu mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan pada bulan ini tanpa memikirkan kepentingan akhirat.

Sebenarnya tidak salah sekiranya mereka mengambil kesempatan untuk berniaga tetapi dengan dua syarat. Pertama jangan terlampau mementingkan keuntungan berganda. Kedua, jangan mengabaikan ibadat. Tetapi apa yang kita dapati hari ini kebanyakan peniaga di bazar Ramadan tidak sempat ke rumah Allah, lebih-lebih lagi jika mereka berniaga hingga lewat malam.

Justeru saya sarankan bazar Ramadan yang menjual juadah berbuka ditutup setengah jam sebelum berbuka bagi memberi peluang kepada pengunjung dan peniaga membuat persiapan berbuka, seterusnya ke masjid untuk bertarawih. Saya juga cadangkan pihak berkuasa menahan orang Islam tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai serta peniaga yang sama bersubahat dengan orang itu kerana tidak menghormati kemuliaan Ramadan.

Berita Minggu - Dari segi amalan pemakanan pada Ramadan pula, bagaimana yang digalakkan Islam?

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz - Kunci utama ialah amalan pemakanan secara sihat, makan secara sederhana dan seimbang. Mengikut sunnah, lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka kerana ia kaya dengan tenaga serta serat. Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit berkesan, namun kebanyakan kita suka mengambil makanan dalam kuantiti banyak. Amalan ini boleh menyebabkan sistem pencernaan lemah dan tidak boleh mencerna secara teratur.

Paling penting ialah untuk tidak makan secara berlebihan dan digalakkan mengambil makanan ringkas terlebih dulu. Mengambil contoh Nabi Muhammad SAW yang mengamalkan petua kesihatan mengambil kira isi padu makanan. Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah SAW biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Berita Minggu - Selalu kita lihat pada bulan puasa, banyak berlaku pembaziran sewaktu membeli juadah berbuka?

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz - Pada bulan puasa, bazar Ramadan tumbuh bagaikan cendawan, sekali gus menyumbang kepada pembaziran. Di sanalah pelbagai jenis makanan ada untuk berbuka. Makanan yang dijual menyebabkan kita rambang mata membuat pilihan. Masa itu, segala amalan makanan sihat diketepikan kerana nafsu makan mengatasi segala-galanya.

Umat Islam seharusnya memahami konsep berpuasa dan faham mengapa perlu berjimat cermat kerana hadis Rasulullah SAW ada menyebut: "Apabila seorang antara kamu hendak berbuka puasa, hendaklah ia berbuka dengan air." Melalui hadis ini, Nabi mengajar umat Islam cara hendak berbuka. Kita akan dapati satu bentuk penjimatan sekiranya mengikut sunnah nabi.

Malangnya setiap kali Ramadan, sebahagian umat Islam lebih gemar membazir dan ikut nafsu sedangkan cara demikian tidak dituntut Islam. Untuk mengelakkan pengambilan makanan atau minuman berlebihan, perlulah bersederhana ketika menghidang juadah terutama ketika berbuka. Memang sukar mengawal apa yang dimakan sekiranya juadah pelbagai jenis ada depan mata. Paling penting, umat Islam harus ingat tujuan berpuasa untuk mendapatkan pahala dan keberkatan dan sebarang pembaziran pada Ramadan boleh mengurangkan pahala amalan puasa itu sendiri.

Ramadan bulan yang baik mengajar diri hidup dalam kesederhanaan dan menginsafi kemampuan diri menikmati pelbagai juadah lazat berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan dan kebuluran di serata dunia. Bukan saja bersederhana dari segi pemakaian, suasana kediaman, malah pemakanan ketika berbuka juga perlu dijaga supaya tidak melampaui batas. Pembaziran juga satu perbuatan dibenci bukan saja Islam tetapi juga agama lain.

Berita Minggu - Apa pula pendapat Datuk dengan aliran berbuka puasa di hotel dan restoran mewah?

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz - Menyentuh soal berbuka di restoran mahupun hotel, kita bukan saja pentingkan soal berbuka tetapi hendaklah berbuka dengan makanan yang pasti halalnya dan tidak meragukan. Selain berbuka, kita hendaklah memastikan menu atau makanan disediakan itu halal. Misalnya, setiap kali Ramadan, banyak pihak sibuk menganjurkan majlis berbuka di hotel mewah kepada orang susah khususnya anak yatim.

Meraikan golongan ini bukan satu kesalahan tetapi janganlah sampai ke peringkat riak dan bertujuan bermegah sehingga ada yang mengabaikan aspek halal. Bagi saya, daripada meraikan golongan ini dengan membawa mereka ke hotel mewah dengan bayaran tinggi untuk berbuka, lebih baik bagi wang ihsan dan sedekah secara terus kepada anak yatim. Bukan saja isu halal jadi persoalan, seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah apabila sesetengah hotel atau restoran mewah menyediakan juadah berbuka dan pada waktu sama diiringi unsur hiburan yang boleh melalaikan seperti tarian dan nyanyian yang mana hiburan seperti ini amat tidak digalakkan.

Berita Minggu - Akhir sekali, apa nasihat Datuk kepada umat Islam pada Ramadan ini?

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz - Amalan melatih anak kecil berpuasa baik tetapi persoalannya, mengapa puasa lebih diutamakan sedangkan ibadat lain lebih penting seperti solat diabaikan. Saya bimbang dan takut sekiranya ibu bapa membiasakan anak dengan berpuasa tetapi tidak mengerjakan solat, sia-sialah puasa mereka. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Perintahkanlah atau suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat ketika usianya tujuh tahun dan apabila menjangkau usia 10 tahun, pukul mereka jika mereka tidak mahu bersolat".

Berpandukan hadis ini jelas Rasulullah SAW lebih mengutamakan solat berbanding puasa. Tetapi apa saya lihat hari ini, kebanyakan ibu bapa lebih menekankan puasa terhadap anak-anak tetapi mengabaikan solat. Dalam mengabaikan solat ada pula yang tidak mengendahkan bulan puasa.

Berdasarkan pemerhatian saya, masih ada generasi muda tidak memahami perkara ini dan mereka tidak berpuasa, tanpa segan silu memperlihatkan kepada orang ramai yang mereka tidak berpuasa dengan menghisap rokok. Dalam Islam sepatutnya orang yang tidak boleh berpuasa seperti perempuan yang datang haid, sakit dan seumpamanya walaupun mereka tidak berpuasa, dilarang makan dan minum di khalayak ramai kerana menghormati Ramadan. Inikan pula orang yang sengaja tidak berpuasa.


Prof. Dr. Norimah A Karim

SEMUA maklum sepanjang Ramadan, apa saja makanan yang dilihat seperti sedap belaka. Bagaimana mahu memastikan pengambilan makanan seimbang sepanjang bulan puasa?

Prof Dr Norimah A Karim - Pada pandangan saya, pengambilan makanan seimbang perlu berasaskan Piramid Pemakanan Malaysia 2010 yang terbahagi kepada empat kumpulan makanan membabitkan tiga hingga empat hidangan karbohidrat, hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan, produk tenusu, protein dan sedikit lemak. Umumnya setiap individu tahu kaedah dan pendidikan pemakanan seimbang namun jarang mempraktikkannya. Hanya segelintir cenderung menjaga pemakanan mereka, manakala selebihnya gemar makan melebihi kehendak dan kurang bersenam menyebabkan masalah kegemukan.

Sukar mengubah tabiat pemakanan masyarakat di negara ini kerana mereka sendiri enggan mengubah tingkah laku. Justeru individu disyorkan mengekalkan indeks jisim badan (BMI) bersandarkan teori keseimbangan kuantiti, kepelbagaian sumber makanan dan kesederhanaan iaitu berhenti makan sebelum kenyang. Anda digalakkan makan daripada kumpulan makanan mengikut saranan hidangan yang dicadangkan tanpa memilih hidangan kesukaan saja.

Berita Minggu - Apa pula jenis makanan yang sesuai bagi mengekalkan kecergasan dan mengelakkan keletihan ketika berpuasa?

Prof Dr Norimah A Karim - Keseimbangan makanan ketika berpuasa dan hari normal adalah sama. Nutrien yang diperlukan badan masih dalam kuantiti dan kualiti sama, hanya dibezakan menerusi masa pengambilan makanan. Jika pada hari biasa, anda boleh makan sepanjang masa tanpa halangan terutama ketika waktu makan utama iaitu pagi, tengah hari dan malam. Ketika berpuasa, anda boleh ubah pemikiran serta tabiat pemakanan dengan menganggap waktu bersahur adalah waktu sarapan pagi, tengah hari (selepas sembahyang terawih) dan malam (berbuka). Tiada sebab meninggalkan ibadat puasa semata-mata sukar mengubah tabiat pemakanan harian.

Seeloknya elakkan makanan pedas kerana boleh menyebabkan dehidrasi manakala makanan segar membekalkan lebih nutrien kaya zat besi, asid folik serta rendah kandungan lemak. Anda disyor menjadikan bijiran dan kekacang sebagai sumber utama tenaga kerana tinggi serat dan meningkatkan daya tahan lapar. Pengambilan makanan tinggi serat penting bagi melawaskan sistem kumuhan, sekali gus mencegah penyakit kronik antaranya jantung, kencing manis, buasir dan barah usus. Terpulang kepada individu memilih hidangan kesukaan namun paling penting, pastikan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air putih sehari.

Berita Minggu - Boleh Prof terangkan apa punca menyebabkan makan berlebihan ketika berbuka serta cara untuk mengawalnya?

Prof Dr Norimah A Karim - Apabila lapar, selera makan akan bertambah dan individu cenderung rambang mata memilih makanan yang diperlukannya. Saya boleh katakan tabiat pemakanan ketika berpuasa dipengaruhi nafsu makan. Tambahan pula, kebanyakan bazar Ramadan menjual aneka makanan pilihan kegemaran antaranya kuih-muih, nasi, makanan bergoreng serta makanan segera. Seharusnya apabila berbuka, makan makanan manis seperti kurma dan kuih manis terlebih dulu bagi menambah tenaga dan makan secara biasa. Bagi mengelak rambang mata apabila berbuka, makan makanan tinggi serat seperti bijirin dan oat supaya perut tahan lapar.

Individu berkerjaya terutama di bandar besar sering mengamalkan budaya berbuka secara bufet. Satu tarikan bufet adalah pilihan pelbagai jenis makanan namun anda harus sedar bahawa tidak perlu menghabiskan semua makanan itu. Pastikan anda ambil apa yang diperlukan saja dan berhenti makan sebelum kenyang. Amalkan pengambilan jus dan buah-buahan supaya anda tidak dipengaruhi nafsu makan secara berlebihan.

Berita Minggu - Antara azam yang sering didengar pada Ramadan ialah mahu menguruskan badan. Apa pendapat Prof?

Prof Dr Norimah A Karim - Bagi sesetengah individu, mereka sering mengambil kesempatan ketika Ramadan untuk menguruskan berat badan. Pada pandangan saya, Ramadan sesuai dijadikan panduan bagi mengurangkan nafsu makan sekali gus mendapatkan berat badan ideal yang diidamkan. Namun harus diingat jika puasa boleh mengurangkan berat badan, ketika hari raya individu boleh menambah sehingga tiga kali ganda berat badan berbanding penurunan berat badan ketika berpuasa.

Saya sendiri boleh mengurangkan berat badan tidak lebih dua kilogram (kg) setiap kali Ramadan, tetapi bertambah apabila menjelang Aidilfitri. Ketupat, rendang, sate dan aneka kuih-muih menambah selera makan sekali gus cenderung membuatkan individu makan lebih daripada hari biasa. Sekiranya anda prihatin dengan keadaan fizikal, elakkan makan berlebihan selama sebulan dan lakukan senaman berkala dari semasa ke semasa.

Source: Berita Minggu Malaysia Online

Blog Pilihan